PROGRAM SEMARAK WARGA KMB
Universiti Putra Malaysia, 1 Dis 2023 - Pada 28 September hingga 7 Oktober 2023 yang lalu, Majlis Tertinggi Kolej, Majlis Perwakilan Kolej, sesi 2023/2024 Kolej Tan Sri Mustaffa Babee telah menganjurkan satu program yang berteraskan kehidupan kampus iaitu Program Semarak Warga KMB sempena minggu orientasi bagi pelajar tahun satu yang berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia. Para pelajar yang mendaftar adalah terdiri daripada pelajar yang akan mengikuti program bacelor di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, dan Fakulti Perubatan Veterinar.
Semasa hari pendaftaran berlangsung, kesemua para pelajar yang datang ditempatkan di khemah pendaftaran bersama ibu bapa sebelum dibawa masuk ke kawasan kolej menaiki bas UPM. Pendaftaran pelajar diadakan di Bilik Bacaan, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee di Blok A. Hari pendaftaran berjalan lancar dengan sokongan dan kerjasama dari pihak sukarelawan universiti dan Majlis Perwakilan Kolej sesi 2023/2024, serta mantan MPK pada sesi lepas.
Program yang telah dijalankan sekitar Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee ini bertujuan untuk memberi serba sedikit pendedahan berkenaan kehidupan di kolej termasuk persekitaran, peraturan dan pengenalan organisasi kolej seperti pihak pengurusan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee, barisan felo Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee dan barisan Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee.
Program ini telah disertai oleh 50 orang ahli jawatankuasa dan lebih 300 pelajar tahun satu yang mendaftar masuk di Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee. Antara aktiviti utama yang dijalankan adalah KMB Tour, KMB Explorace dan Majlis Malam Bersama Pengetua.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada ahli jawatankuasa dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Semarak Warga KMB ini. Semoga program ini sedikit sebanyak dapat memberi impak positif dan kenangan indah kepada pelajar tahun satu untuk membina hubungan sosial yang baik sesama mereka dan pada masa yang sama cakna tentang peraturan dan organisasi di kolej.


Tarikh Input: 06/12/2023 | Kemaskini: 06/12/2023 | s_syazana

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia