PROGRAM SETENGAH JUTA DI USIA 20 TAHUN
SERDANG, 1 Disember 2023 - Pada 25 Oktober 2023 yang lalu, Sekretariat Keusahawanan, Majlis Perwakilan Kolej Sesi 2023/2024, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee telah menganjurkan Program Setengah Juta di Usia 20 Tahun. Program Setengah Juta di Usia 20 Tahun berlangsung di Dataran Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee dihadiri oleh dua orang penceramah iaitu Saudara Muhammad Hafidz bin Shahril Izwan, CEO Syarikat Vertico Sdn Bhd dan Saudara Muhammad Zulfaqar bin Rosli, CEO Syarikat AB Food Asia Sdn Bhd.
Objektif Program Setengah Juta di Usia 20 Tahun ialah untuk menarik minat pelajar dalam bidang keusahawanan. Selain itu, program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar dalam mempelajari kaedah perancangan dan pengurusan perniagaan. Objektif
Ribuan terima kasih diucapkan kepada para peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Setengah Juta di Usia 20 Tahun. Diharapkan para pelajar mendapat manfaat daripada perkongsian tersebut.
Pengarah Program Setengah Juta Di Usia 20 Tahun turut mengharapkan agar program seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang kerana banyak ilmu tentang perniagaan terutama dalam ikhtiar hidup untuk mencari sumber kewangan secara sampingan sebagai seorang mahasiswa universiti.

Menurut saudari Irdina binti Ibrahim "Harapan saya selaku pengarah program Setengah Juta di Usia 20 Tahun ialah agar program yang dianjurkan ini dapat memberikan manfaat kepada semua pelajar daripada perkongsian tersebut. Saya juga berharap dengan adanya program sebegini mampu mendorong para pelajar untuk berani menceburkan diri dalam kegiatan keusahawanan dan melahirkan usahawan-usahawan muda yang berjaya dalam kalangan generasi kali ini. Semoga bentuk kerjasama dan komitmen yang terjalin ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang bagi menjayakan program seumpamanya"



Tarikh Input: 06/12/2023 | Kemaskini: 06/12/2023 | s_syazana

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia