SERDANG, 23 FEBRUARI 2023 - Sekretariat Akademik, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee sesi 2022/2023 telah menganjurkan program Public Speaking Workshop: Voice of Influence. Program ini telah berlangsung di Dataran Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee dan dihadiri oleh Encik Othman bin Abdul Kareem. Seramai 50 orang peserta dari kolej yang berbeza telah menyertai program ini dan dibahagikan kepada 5 kumpulan pada 11 Disember 2022 yang lalu.
Program Public Speaking Workshop: Voice of Influence ini merupakan satu program yang dilaksanakan di bawah Sekreteriat Akademik, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee sesi 2022/2023. Program ini diadakan untuk meningkatkan keyakinan diri para pelajar Universiti Putra Malaysia, khususnya pelajar Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee agar berani dan petah bertutur dalam memberi ucapan ataupun berpidato dengan lebih baik. Selain itu, program ini dapat membimbing pelajar Univerisiti Putra Malaysia (UPM) cara membentangkan projek dalam kelas dengan menekankan Student-Centered Learning (SCL). Kreativiti yang merupakan salah satu aspek yang peting dalam ciri-ciri siswa juga dapat dipupuk melalui program ini supaya para pelajar dapat berfikir secara kritis dan matang dari perspektif yang berbeza untuk menghadapi setiap masalah dalam kehidupan. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pengucapan awam dengan mempelajari cara membuat pembentangan yang berkesan. Pelajar juga dapat meningkatkan keyakinan diri dalam pengucapan awam dan pembentangan Bahasa Inggeris secara profesional.

Sesi yang pertama bermula dengan ceramah Encik Othman yang mengetengahkan cara berpidato secara berimpak dan berkesan. Selepas itu, sesi kedua dijalankan, iaitu Latihan Dalam Kumpulan (LDK) di mana 5 kumpulan haruslah berbincang sesama ahli kumpulan masing-masing berdasarkan topik yang diberikan serta membentangkan hasil kumpulan di atas pentas. Topik-topik yang dibincangkan adalah seperti “Most Graduate Students Suffer from Depression” dan “How to Boost Confidence in Public Speaking”.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada para peserta dan ahli jawatankuasa yang terlibat atas kerjasama dalam menjayakan program Public Speaking Workshop: Voice of Influence. Semoga program ini sedikit sebanyak dapat memberikan impak positif kepada para peserta dan membangkitkan semangat mereka untuk berucap di depan khalayak ramai dengan penuh keyakinan.
Tarikh Input: 23/02/2023 | Kemaskini: 23/02/2023 | s_syazana

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia