PUTRA TUISYEN | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
» BERITA » PUTRA TUISYEN

PUTRA TUISYEN

Putra Tuisyen 

SERDANG, 20 Januari- Bermula 28 Oktober 2022 yang lalu, Sekretariat Keusahawanan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee sesi 2022/2023 telah melaksanakan program Putra Tuition B40 di Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee dengan kerjasama beberapa pihak PIBG sekolah rendah dan pihak pengurusan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee. Program ini merupakan sebuah program berterusan yang dijangka tamat pada 6 Mei 2022.

Program ini juga akan dijalankan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu, dan sepanjang pengoperasian program ini, lokasi program telah berubah sebanyak dua kali iaitu di Student Circle, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee dan sekarang di Bilik Bacaan, Blok A, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee. Tuisyen kepada pelajar sekolah rendah B40 yang berada di sekitar UPM dengan kos serendah RM5 bagi setiap sesi untuk meringankan beban keluarga sekitar UPM. Program ini juga bertujuan untuk membantu pelajar Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee untuk menjana wang di samping mengasah bakat insaniah mereka. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pelajar yang telah menyertai program Putra Tuition B40 kerana telah memberi komitmen yang tinggi dengan menghadiri program ini. Diharapkan agar program ini dapat berjalan dengan lebih lancar sehingga ke akhirnya dengan kehadiran lebih ramai pelajar sekolah rendah di bawah bimbingan Sekretariat Keusahawanan, Majlis Perwakilan Kolej, Sesi 2022/2023 Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pengetua Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee, Prof. Madya Dr. Jasronita Jasni berkata, program ini dilaksanakan kepada pelajar sekolah rendah B40 bertujuan untuk meringankan beban masyarakat B40 dengan memberi peluang kepada mereka menghantar anak-anak ke pusat tuisyen dengan kos yang rendah.

“Dengan itu ia dapat meringankan beban ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke kelas tuisyen bagi membantu mereka memahami mata pelajaran dengan lebih mendalam.

“UPM dapat membimbing sekolah angkat di sekitar Serdang, Sri Kembangan dan Bangi Untuk membantu pelajar sekolah rendah lebih mahir dalam sebuah subjek yang diajar, “ katanya.

Program tuisyen ini dijalankan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu di bilik bacaan, Blok A, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee.

Beliau berkata, sekretariat kelab Putra Tuisyen melibatkan 12 orang pelajar Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee menjadi pengajar dan urus setia bagi membantu ibu bapa yang menghantar anak ke sini.


 
Sumber berita : Universiti Putra Malaysia dan DagangNews
 

Tarikh Input: 20/01/2023 | Kemaskini: 30/01/2023 | s_syazana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
W, (08:48:47am-08:53:47am, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]