PUTRA TUITION 4.0 PERKASA PEMBELAJARAN KANAK-KANAK DAN BANGUNKAN POTENSI MAHASISWA | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE kmb
» BERITA » PUTRA TUITION 4.0 PERKASA PEMBELAJARAN KANAK-KANAK DAN BANGUNKAN POTENSI MAHASISWA

PUTRA TUITION 4.0 PERKASA PEMBELAJARAN KANAK-KANAK DAN BANGUNKAN POTENSI MAHASISWA

Oleh: Siti Usaimah binti Masduki

SERDANG, 21 Jun 2026 – Program Putra Tuition 4.0 anjuran Sekretariat Keusahawanan, Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee (KTMB) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya dilaksanakan dari 14 November 2026l hingga 20 Jun 2026 di Bilik Bacaan KTMB. Program ini dijalankan pada setiap malam Jumaat dan Sabtu bagi membantu meningkatkan kefahaman akademik serta pendidikan agama kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun.
Program Putra Tuition 4.0 diwujudkan sebagai platform pembelajaran tambahan untuk murid sekolah rendah melalui sesi kelas Iqra’, pembelajaran mata pelajaran teras serta ujian penilaian yang dilaksanakan pada setiap sesi. Selain memberi manfaat kepada murid, program ini turut membuka peluang kepada mahasiswa UPM, khususnya pelajar KTMB, untuk menjana pendapatan sampingan sebagai tenaga pengajar sambil mengasah kemahiran komunikasi, kepimpinan dan pengurusan kelas.
Sepanjang pelaksanaan program, lebih 40 murid sekolah rendah telah sertai, sekali gus menunjukkan sambutan yang amat menggalakkan daripada ibu bapa dan komuniti setempat. Dengan yuran penyertaan serendah RM7 seorang, program ini berjaya menyediakan akses pembelajaran yang berkualiti dan mampu milik kepada kanak-kanak sekitar Serdang.

Keunikan Putra Tuition 4.0 terletak pada pelaksanaan ujian penilaian ringkas pada akhir setiap sesi pembelajaran. Melalui pendekatan ini, tenaga pengajar dapat mengenal pasti tahap penguasaan murid secara berterusan serta menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut keperluan individu.
Menurut Pengarah Program, Siti Usaimah binti Masduki, “Putra Tuition 4.0 bukan sahaja memberi manfaat kepada murid dari segi peningkatan akademik dan agama, malah menjadi platform kepada mahasiswa untuk membina keyakinan diri, meningkatkan kemahiran komunikasi dan memperoleh pengalaman mengajar dalam suasana sebenar.”

Seorang peserta program turut berkongsi pandangan bahawa kelas yang dijalankan membantu mereka memahami pelajaran dengan lebih baik serta meningkatkan keyakinan untuk menjawab soalan dalam kelas dan peperiksaan.

Secara keseluruhannya, Putra Tuition 4.0 berjaya mencapai objektifnya dalam memperkukuhkan pembangunan akademik murid sekolah rendah di samping melahirkan mahasiswa yang berdaya saing, berkemahiran dan berjiwa masyarakat. Diharapkan program ini dapat diteruskan pada masa akan datang agar lebih ramai kanak-kanak dapat menikmati manfaat pendidikan berkualiti serta sokongan pembelajaran yang berterusan daripada mahasiswa UPM.

 

Gambar 1: Pengarah bersama ahli jawatankuasa dan beberapa orang pelajar Putra Tuition 4.0

Gambar 1: Pengarah bersama ahli jawatankuasa dan beberapa orang pelajar Putra Tuition 4.0

 

Gambar 2: Sesi pengajaran mata pelajaran teras kepada murid-murid tahun 3 oleh pelajar KTMB

Gambar 2: Sesi pengajaran mata pelajaran teras kepada murid-murid tahun 3 oleh pelajar KTMB

 

Gambar 3: Sesi pengajaran mata pelajaran teras kepada murid-murid tahun 5 oleh pelajar KTMB

Gambar 3: Sesi pengajaran mata pelajaran teras kepada murid-murid tahun 5 oleh pelajar KTMB

 

Gambar 4: Sesi pengajaran Iqra’ kepada murid-murid oleh pelajar KTMB

Gambar 4: Sesi pengajaran Iqra’ kepada murid-murid oleh pelajar KTMB

 

Gambar 5: Sesi ujian penilaian mata pembelajaran teras kepada murid-murid prasekolah

Gambar 5: Sesi ujian penilaian mata pembelajaran teras kepada murid-murid prasekolah 

Tarikh Input: 09/07/2026 | Kemaskini: 09/07/2026 | s_syazana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
W, (03:00:24am-03:05:24am, 19 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]