SERDANG, 23 April – Sejajar dengan pengumuman oleh pihak Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM) supaya Majlis Sambutan Mega Raya Aidilfitri 2024 UPM dianjurkan secara serentak pada 23 April 2024 oleh setiap Pusat Bertanggungjawab (PTJ), Kolej Kediaman, Persatuan/Kesatuan termasuk UPM Kampus Bintulu, Kolej Tan Sri Mustaffa babjee telah mengadakan majlis tersebut pada sebelah pagi sehingga tengah hari.
Majlis yang bermula pada jam 10.30 pagi ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama warga Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee iaitu staf pengurusan, felo-felo dan pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Majlis ini dimulakan dengan ucapan dan penyampaian amanat daripada Pengetua Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee, YBrs. Prof Madya. Dr Nuruh Hayah binti Khairuddin dan diteruskan dengan bacaan doa dan selingan persembahan dari felo Sekretariat Kesenian dan Kebudayaan, Cik Maisarah binti Mohamed Zakaria dan wakil Majlis Perwakilan Kolej, Sekretariat Kesenian dan Kebudayaan, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee sesi 2023/2024. Para tetamu dihiburkan dengan selingan persembahan lagu-lagu raya sambil menjamu selera yang telah disediakan oleh pihak pengurusan serta infak sumbangan makanan dari beberapa individu. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memeriahkan lagi majlis sambutan hari raya dan merapatkan hubungan antara warga kolej yang berbilang kaum dan agama.
Majlis kemudiannya menyambut kehadiran wakil dari Penjabat Hal Ehwal Pelajar yang turut hadir memeriahkan lagi Majlis Sambutan Mega Raya 2024. Secara keseluruhannya, pelaksanaan majlis ini telah berjaya memupuk nilai perpaduan ikhtisas dalam kalangan warga Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee. Di samping itu, dengan adanya program ini, pelajar-pelajar terutama yang bukan beragama Muslim dapat menyelami dan meningkatkan pengetahuan berkenaan tradisi Aidilfitri yang hampir dilupakan dek peredaran zaman. Semoga pelaksanaan majlis ini dapat menghasilkan generasi pelajar yang proaktif dalam kegiatan kebudayaan di Malaysia.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pegawai pemantau, barisan staf pelaksana, felo-felo, Majlis Perwakilan Kolej dan para pelajar yang terlibat bagi menjayakan program ini. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar dan dapat diteruskan pada masa yang akan datang.

Perarakan masuk Yang Berhormat Pengetua di iringi Pegawai Tadbir kolej dan Ketua Felo Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee.

Yang Berhormat Pengetua bersama Pegawai Tadbir kolej, Ketua Felo dan Presiden Majlis Perwakilan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee

Turut dihadiri oleh berbilang kaum pelajar di Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee

Pelajar beratur menunggu giliran untuk mengambil juadah raya yang disediakan
Tarikh Input: 23/05/2024 | Kemaskini: 04/07/2024 | s_syazana

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia