Sciverse- BioX Mision | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
» BERITA » Sciverse- BioX Mision

Sciverse- BioX Mision

Disediakan oleh: Nor Iffah Atikah binti Norjahan

12 April 2026, Serdang – Sekretariat Akademik dan Pembangunan Intelektual, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee sesi 2025/2026 telah menganjurkan program Sciverse-BioX Mission bertempat di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini bertujuan memperkasakan ilmu STEM dengan penekanan terhadap bidang biologi, khususnya pemahaman sistem badan manusia melalui pelbagai aktiviti eksplorasi dan simulasi interaktif bagi meningkatkan minat pelajar terhadap sains hayat. Seramai 150 pelajar Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 3 serta 65 pelajar Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee telah menyertai program ini.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk sesi lawatan ke Muzium Anatomi serta aktiviti explorace secara berkumpulan, di mana para pelajar bekerjasama untuk menyelesaikan cabaran di setiap checkpoint yang tersedia. Checkpoint yang disediakan merangkumi Oxygen Flow, Heart Rate, Digestive System, Muscle, Neuron Message, Immune Defense dan Body System. Di setiap checkpoint, para pelajar diberikan penjelasan oleh fasilitator berkaitan konsep sains yang melibatkan sistem badan manusia, seterusnya mengaplikasikan pengetahuan tersebut bagi menyelesaikan cabaran yang diberikan

 

Program dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan sesi pendaftaran peserta di foyer bawah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM. Pada jam 9.00 pagi, sesi taklimat serta pembahagian kumpulan dijalankan bagi memberi penerangan berkaitan tentatif program, peraturan aktiviti, serta perjalanan explorace kepada para peserta. Seterusnya, program diteruskan dengan aktiviti Explorace BioX Mission yang berlangsung mengikut checkpoint yang telah disediakan.

 

Pada jam 2.00 petang, program diteruskan dengan sesi lawatan ke Muzium Anatomi bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai struktur tubuh manusia dan bidang sains perubatan. Majlis penutup bermula pada jam 3.30 petang dengan ucapan daripada pihak sekolah dan kolej, diikuti sesi penyampaian hadiah serta sesi bergambar.

 

Menurut pengarah program, Nor Iffah Atikah Binti Norjahan, "Inisiatif ini bertujuan untuk kita memupuk minat awal terhadap kerjaya dalam bidang sains serta membantu pelajar melihat bahawa sains bukan sekadar teori, tetapi dekat dengan kehidupan seharian." Program ini bukan sahaja berjaya mencapai objektifnya malah meninggalkan kesan positif terhadap para peserta dan penonton.

 

Gambar 1- Sesi pendaftaran peserta di foyer bawah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM)

Gambar 1- Sesi pendaftaran peserta di foyer bawah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM)

 

Gambar 2- Permainan stesen 1 bagi acara Explorace BioX Mission

Gambar 2- Permainan stesen 1 bagi acara Explorace BioX Mission

 

Gambar 3- Permainan stesen 4 bagi acara Explorace BioX Mission

Gambar 3- Permainan stesen 4 bagi acara Explorace BioX Mission

Gambar 4- Sesi lawatan ke Muzium Anatomi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM)

Gambar 4- Sesi lawatan ke Muzium Anatomi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM)

 

Gambar 5- Sesi bergambar bersama dengan Pengetua KTMB, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Puchong Utama 3, guru-guru dan pelajar SK Puchong Utama 3 dan ahli jawatankuasa program

 

Gambar 5- Sesi bergambar bersama dengan Pengetua KTMB, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Puchong Utama 3, guru-guru dan pelajar SK Puchong Utama 3 dan ahli jawatankuasa program

Tarikh Input: 09/07/2026 | Kemaskini: 09/07/2026 | s_syazana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
W, (09:15:03am-09:20:03am, 25 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]