Sciverse-CSI Camp | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
» BERITA » Sciverse-CSI Camp

Sciverse-CSI Camp

26 Oktober 2024, Serdang – Sekretariat Akademik dan Pembangunan Intelektual, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee (KTMB) sesi 2024/2025, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan program Sciverse-CSI Camp pada 26 Oktober 2024 dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 3, Puchong, Selangor dan disertai oleh 122 orang pelajar Tahap 2 dan 65 orang pelajar Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee, UPM. Program ini telah berlangsung di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM.

Diantara kuiz/aktiviti bersama fasilitator dan peserta dari Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 3, Puchong

Peserta dibahagi kepada beberapa kumpulan latihan

Program ini bertumpukan kepada pemerkasaan ilmu Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik (STEM) kepada para pelajar sekolah terutama dalam bidang penyiasatan jenayah dan forensik. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah mengenai ilmu STEM melalui aktiviti eksplorasi dan simulasi yang lebih memberangsangkan dalam bidang sains forensik supaya dapat menarik minat mereka untuk menceburi bidang STEM. Program pada kali ini adalah bertemakan CSI Camp. Tema CSI Camp ini dipilih untuk menarik minat pelajar sekolah rendah terhadap bidang ini dengan melakukan aktiviti yang interaktif dan menarik di dalam dunia penyiasatan. CSI Camp ini merangkumi topik penyiasatan jenayah asas, teknik analisis forensik, pemprosesan tempat kejadian jenayah dan pengumpulan dan pembungkusan bukti. Aktiviti program CSI Camp ini termasuk mengangkat dan memeriksa cap jari, mengesan kesan tapak, mengenal pasti dan memeriksa percikan serta kotoran darah dan banyak lagi.

Pengenalan oleh fasilitator tentang analisa cap jari

Antara aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti eksplorasi secara berkumpulan, di mana para pelajar akan bekerjasama untuk menyelesaikan cabaran di setiap checkpoint yang tersedia. Di setiap checkpoint tersebut, para pelajar akan didedahkan dengan penjelasan oleh para fasilitator mengenai konsep saintifik di sebalik ilmu forensik dan dikehendaki untuk menyelesaikan misteri dan cabaran menggunakan konsep yang dipelajari.

Majlis penutup bersama Pengetua Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee: Prof. Madya Dr. Nurul Hayah binti Khairuddin

Program ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 3. Mereka menunjukkan minat dan semangat yang tinggi sepanjang program berlangsung. Program ini telah berjaya menyampaikan ilmu-ilmu yang menarik serta pengalaman yang berharga kepada semua pelajar Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 3 dan pelajar KTMB yang terlibat.

 

Disediakan oleh:

Shahrul Nizam bin  Nazlan

Pengarah program Sciverse-CSI Camp

Sekretariat Akademik dan Pembangunan Intelektual

Majlis Perwakilan Kolej

Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee

Sesi 2024/2025

Tarikh Input: 01/11/2024 | Kemaskini: 01/11/2024 | s_syazana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
W, (07:02:45pm-07:07:45pm, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]