SELAMAT BERCUTI PELAJAR! BAGI SESI 2021/2022 | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
» BERITA » SELAMAT BERCUTI PELAJAR! BAGI SESI 2021/2022

SELAMAT BERCUTI PELAJAR! BAGI SESI 2021/2022

SERDANG, 24 JULAI – Tamat sudah sesi akademik bagi sesi 2021/2022 setelah para pelajar menghadapi Peperiksaan Akhir Semester Kedua Sesi 2021/2022. Pendaftaran keluar pelajar telah berlangsung selama dua hari bermula 23 sehingga 24 Julai 2022 dengan lancar.

Bagi pelajar yang perlu menginap untuk sewaan dengan tujuan Latihan Industri dan Projek Ilmiah Tahun Akhir perlu melalui proses permohonan sewaan yang telah dijalankan selama satu minggu bermula 18 sehingga 22 Julai 2022. Pelajar perlu mengisi QR kod yang telah diberikan oleh pihak pengurusan bagi tujuan susunan bilik. Susunan bilik dilakukan bagi membolehkan pihak pengurusan menjalankan proses pemeriksaan inventori dan kerja-kerja pembaikan bilik serta kawasan dilakukan.

Barisan pengurusan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee ingin mengucapkan Selamat Bercuti dan Selamat Menjalani Latihan Industri kepada seluruh warga Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee.

Diharapkan agar pelajar dapat mempersiapkan diri bagi menghadapi sesi akademik yang baharu akan datang dengan penuh semangat. Kami turut mengucapkan selamat maju jaya dan berharap agar semua pelajar mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan dan kekal selamat semasa cuti. Terima kasih.

 

 

Tarikh Input: 24/07/2022 | Kemaskini: 18/08/2022 | s_syazana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
W, (10:32:01am-10:37:01am, 18 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]