PENDAFTARAN KEMASUKAN PELAJAR TAHUN SATU KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
5 Okt - Seramai 355 orang pelajar baru Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee telah mendaftar di kolej kediaman pada 5 Okt 2022 dan berlansung sehingga minggu kedua. Kami daripada barisan staf, felo dan Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee mengucapkan selamat datang kepada pelajar baharu Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee.
Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee menempatkan pelajar di Fakulti Perubatan Veterinar dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia sahaja.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada YH. Dato' Prof. Dr. Roslan bin Sulaiman (Naib Canselor UPM) dan YBhg. Prof. Dr. Ariffin bin Abdu (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM) atas tinjauan pendaftaran masuk pelajar Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee.
Ribuan terima kasih turut diucapkan kepada para petugas, MPK, staf Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee atas kerjasama yang telah diberikan bagi memastikan proses pendaftaran masuk kolej kediaman berjalan dengan lancar.
Tarikh Input: 08/10/2022 |
Kemaskini: 08/10/2022 | s_syazana
PERKONGSIAN MEDIA