Semarak Warga KTMB | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
» BERITA » Semarak Warga KTMB

Semarak Warga KTMB

Semarak Warga KTMB

Oleh: Kamal Hafizi Bin Kamarulizam

SERDANG, 15 Oktober 2025 – Program Semarak Warga KTMB telah berlangsung dari 5 hingga 17 September dan 2 hingga 12 Oktober 2025 bertempat di Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee, Universiti Putra Malaysia. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Kolej (MPK) sesi 2025/2026 dengan penyertaan seramai 500 pelajar baharu Tahun Satu yang mula menetap di kolej. Matlamat program adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai kehidupan di kolej, memperkenalkan peraturan serta fasiliti, dan membina hubungan antara pelajar baharu, felo, MPK dan pihak pengurusan kolej. 

Pelaksanaan program dimulakan dengan sesi Training of Trainer (TOT) pada 5 hingga 17 September 2025. Sesi ini melibatkan latihan intensif kepada fasilitator dan jawatankuasa pelaksana bagi memastikan semua pihak memahami peranan masing-masing. Aktiviti sepanjang TOT termasuk penghasilan sepanduk, latihan cheers, persediaan prop, perbincangan booth, serta simulasi Arena Citra Terunggul. Court Master turut dilatih untuk mengendalikan modul aktiviti moral, sukan dan pembentukan semangat pasukan bagi mempersiapkan suasana sebenar program. 

ToT Court Master 

Pada 4 Oktober 2025, proses pendaftaran pelajar baharu dijalankan di kolej dengan bantuan fasilitator dan AJK yang bertugas. Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan orientasi bagi memudahkan pengurusan sepanjang program. Pada sebelah malam, diadakan Malam Bersama Pengetua yang menjadi platform interaksi awal antara pelajar baharu dan pihak pengurusan kolej, diikuti pembahagian kumpulan secara rasmi. 

Situasi Pendaftaran Pelajar Baharu 

Minggu Perkasa Putra bermula pada 5 Oktober 2025 dengan aktiviti Headcount dan senamrobik di kolej bagi menggalakkan gaya hidup sihat serta disiplin waktu. Pada hari yang sama, sesi persiapan Arena Citra Terunggul dijalankan di persekitaran kolej, melibatkan latihan persembahan, penyediaan prop dan pengurusan logistik. Pada sebelah malam, Arena Citra Terunggul berlangsung di Dewan Kuliah Utama Kolej dengan pelbagai aktiviti yang memupuk kerjasama dan semangat kekitaan dalam kalangan pelajar. 

Sepanjang minggu, aktiviti di kolej meliputi sesi headcount pagi, senamrobik, makan berjemaah, dan persediaan slot-slot penting seperti Sekretariat Showcase. Pada 11 Oktober 2025, kemuncak aktiviti kolej adalah program Malam Tunas Budaya yang memberi peluang kepada pelajar menonjolkan bakat dalam suasana santai dan mesra. Program ini berjaya menjadi medan untuk mengeratkan hubungan antara pelajar, membentuk semangat kekeluargaan, dan mencipta kenangan bersama rakan baharu. 

Aktiviti Senamrobik bersama pelajar baharu 

Secara keseluruhannya, aktiviti Semarak Warga KTMB di kolej berjalan dengan baik dan mencapai objektif yang ditetapkan. Pelajar baharu bukan sahaja dapat mengenali persekitaran dan komuniti kolej, malah dapat membina keyakinan diri dan kemahiran komunikasi melalui penglibatan aktif dalam setiap slot yang dijalankan. Program ini telah memberi impak positif kepada pembentukan identiti pelajar sebagai warga Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee yang bersemangat, bersatu dan berdaya saing.

Tarikh Input: 04/12/2025 | Kemaskini: 04/12/2025 | s_syazana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
X, (07:03:14pm-07:08:14pm, 06 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]