SERDANG, 9 November 2024 - Sekretariat Kelestarian Hijau dan Keterjaminan Makanan, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee (KTMB), Universiti Putra Malaysia (UPM), dengan kerjasama Malaysian Veterinary Medical Association (MAVMA), Alltech Biotechnology Malaysia Sdn. Bhd. dan Fakulti Perubatan Veterinar, UPM telah menganjurkan program peringkat antarabangsa iaitu Seminar on Technology, Sustainability and Regulations in Animal Feed Industry di Auditorium Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia. Seramai 80 orang pelajar Universiti Putra Malaysia, 100 orang pihak industri serta penyertaan peserta dari Thailand telah menyertai seminar ini.
Seminar ini memberi peluang yang baik kepada pelajar, ahli akademik dan industri dalam dan luar negara serta pembuat dasar untuk terlibat dalam perbincangan dalam meningkatkan inovasi dan kelestarian bidang makanan haiwan. Terdapat 4 slot perkongsian pembentangan dan satu sesi forum yang disampaikan oleh ahli industri daripada pelbagai organisasi seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS), Alltech, MAVMA, The Malaysian Animal Health and Nutrition Industries Association (MAHNIA), pakar rujuk dari Fakulti Pertanian, UPM dan penceramah yang dibawakan dari negara China dan Thailand. Program ini mendapat tajaan dari Alltech Biotechnology Malaysia Sdn. Bhd.

Sesi perkongsian daripada penceramah dari China.
Pengarah program, pelajar tahun dua Doktor Perubatan Veterinar, Fa’iqah Nayli binti Muhammad Fuad berkata, “kami mengambil peluang untuk belajar daripada pakar-pakar yang membawa pengetahuan tentang teknologi, amalan lestari, serta rangka kerja regulatori penting yang memacu sektor ini ke hadapan”.

Sesi Forum “Technology, Sustainability and Regulations in Animal Feed Industry”
Sementara itu, Prof Madya Dr. Nurul Hayah Khairuddin, Pengetua KTMB, berkata, “pelajar dapat didedahkan kepada realiti bekerja dalam industri makanan haiwan, dari aspek teknologi dan kelestarian yang membentuk kaedah pengeluaran sehinggalah kepada pematuhan peraturan yang memastikan keselamatan makanan dan tanggungjawab terhadap alam sekitar”.

Sesi soal jawab antara panel forum dan peserta daripada industri.
Dengan seminar ini, para peserta dapat menimba ilmu berkenaan bidang teknologi makanan haiwan yang semakin berkembang dan meneroka bagaimana langkah-langkah regulatori dapat menyumbang kepada industri yang lebih lestari dan bertanggungjawab. Program seperti ini juga haruslah diteruskan untuk memberi peluang interaksi antara industri dan pihak bertanggungjawab serta pakar dan dalam masa sama memberi pengetahuan yang lebih mendalam kepada peserta.

Penceramah dan panel forum daripada industri antarabangsa, pakar UPM dan DVS Malaysia
Tarikh Input: 14/11/2024 | Kemaskini: 14/11/2024 | s_syazana

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia