Seminar Pembinaan Profil Kerjaya Dalam Talian | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
» BERITA » Seminar Pembinaan Profil Kerjaya Dalam Talian

Seminar Pembinaan Profil Kerjaya Dalam Talian

Disediakan Oleh: Muhammad Haziq bin Mohd Jamaluddin

SERDANG 29 Disember 2024 - Program Global Career Quest, anjuran Sekretariat Kesukarelawanan dan Pengantarabangsaan Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee sesi 2024/2025, Universiti Putra Malaysia, telah berjaya dilaksanakan secara maya melalui platform Google Meet. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Universitas Indonesia, Universiti Terbuka Indonesia, dan King Mongkut's Institute of Technology Ladkrabang, Thailand bertujuan memperluaskan pengetahuan pelajar tentang strategi membina kerjaya di peringkat global.

Sepanjang program berlangsung pelbagai aktiviti menarik diadakan, termasuk perkongsian ilmu "Empowering Graduate Students" oleh Dr. Eliani binti Ezani dari UPM, serta "Mastering LinkedIn" oleh Cik Arshada Nadia binti Abdullah. Taklimat ini menekankan pembinaan sahsiah diri, peningkatan kebolehpasaran graduan, dan membantu pelajar memperluaskan rangkaian profesional. Selain itu, sesi perkongsian bersama pelajar antarabangsa telah memberikan pendedahan kepada peserta memahami budaya kerja dari pelbagai negara, sekaligus meningkatkan keyakinan diri mereka dalam berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan.


Sesi perkongsian “Empowering Graduate Students” oleh Dr. Eliani binti Ezani


Sesi perkongsian “Mastering LinkedIn” oleh Puan Arshada Nadia binti Abdullah

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Nurul Hayah binti Khairuddin, Pengetua Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee. Malah, turut dihadiri Mohamad Haikal bin Arsahak, Presiden Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee sesi 2024/2025, Universiti Putra Malaysia. Program ini juga berjaya mendapat sambutan dengan penyertaan seramai 171 orang pelajar dari Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee dan 14 orang pelajar antarabangsa dari Indonesia, Thailand dan China.


Ucapan perasmian oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Nurul Hayah binti Khairuddin, Pengetua Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee


Ucapan perasmian oleh pengarah program Global Career Quest, Khalisah Assyazalin binti Zulkifli

Dengan penganjuran program ini diharapkan dapat membantu peserta, khususnya pelajar Universiti Putra Malaysia, mengasah kebolehan menyampaikan maklumat, menyumbang idea, serta berkongsi tenaga dan ilmu kepada. Melalui inisiatif ini, diharapkan pelajar Universiti Putra Malaysia dapat menjalin persahabatan yang memupuk pembelajaran berterusan, memperkukuhkan hubungan antarabangsa, meningkatkan kebolehpasaran graduan, serta mempromosikan Universiti Putra Malaysia sebagai sebuah universiti unggul di persada antarabangsa.


Gambar berkumpulan ahli jawatankuasa pelaksana Global Career Quest

 

 

Tarikh Input: 17/01/2025 | Kemaskini: 17/01/2025 | adib

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
W, (06:27:20am-06:32:20am, 18 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]