SUKAN RAKYAT KMB 2024 | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
» BERITA » SUKAN RAKYAT KMB 2024

SUKAN RAKYAT KMB 2024

SUKAN RAKYAT (SURAK) PIALA TAN SRI MUSTAFFA BABJEE 2024

SERDANG, 18 Jan 2024 - Pada 7 Januari 2024 yang lalu, Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian telah menganjurkan Program Sukan Rakyat (SURAK) Piala Tan Sri Mustaffa Babjee 2024 bertempat di Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee. SURAK 2024 merupakan sebuah pertandingan yang menggunakan sistem liga dan bertujuan untuk mencungkil bakat pelajar dalam sukan tradisional dan sekaligus menjulang nilai Kerjasama yang tinggi dalam berpasukan disamping bersaing secara sihat. Pertandingan berbentuk sukan tradisional ini telah melibatkan 9 buat kolej-kolej kediaman Universiti Putra Malaysia.  

Program ini telah bermula seawal jam 8.00 pagi dengan pendaftaran pelajar bagi setiap acara. Berbeza dengan pembawaan SURAK 2023, dimana hanya sebanyak 8 sukan tradisional telah dipertandingkan, SURAK 2024 telah mempertandingkan sebanyak 10 acara bagi menggalakkan dan memperkenalkan sukan tradisional dengan lebih efektif kepada pelajar-pelajar UPM. Antara sukan yang dipertandingkan pada SURAK 2024 ialah dam aji, tarik tali, main guli dan juga congkak. SURAK 2024 juga turut meriah dengan aktiviti senamseni yang telah diketuai oleh 4 orang pelajar dari Kelab Arustika Putrasakti, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee. Seterusnya, acara- acara dimulakan serentak pada jam 9.00 pagi.

SURAK 2024 telah diserikan lagi dengan jualan makanan dan minuman oleh 8 foodtruck yang dikendalikan oleh Sekretariat Keusahawanan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee. Penjualan foodtruck sepanjang program SURAK 2024 ini telah menjadi salah satu tarikan utama bagi program ini. Pelajar berpeluang untuk membeli makanan dan minuman yang dijual apabila selesai bertanding dalam acara mereka. Antara makanan yang dijual pada SURAK 2024 ialah satay, churros, Takoyaki dan juga nasi briyani. Jualan makanan ini dapat memanfaatkan pelajar KMB dan juga dapat menjadi tarikan kepada pelajar kolej lain untuk berkunjung ke KMB.

Program SURAK 2024 turut meriah dengan persembahan busking oleh pelajar-pelajar KMB. Persembahan busking ini telah berlangsung selama hampir 2 jam pada sebelah petang. Pada majlis penutup, SURAK 2024 telah dimeriahkan dan diserikan lagi dengan kehadiran YBrs. Prof. Madya Dr. Amini Amir bin Abdullah, Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej-Kolej Kediaman, Universiti Putra Malaysia. Beliau turut menyertai acara main guli Pengetua-pengetua dan seterusnya merasmikan program SURAK 2024. Turut hadir memeriahkan bagi memeriahkan majlis, Prof. Dr. Aminuddin Hassan, Pengetua Kolej Tun Dr Ismail, Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Shukri Muhammad Noor, Pengetua Kolej Tan Sri Aishah Ghani, Prof. Ts. Dr. Wan Zuha Wan Hasan, Pengetua Kolej Sepuluh dan Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Bin Arshad, Pengetua Kolej Sultan Aleddin Suleiman Shah. Selain itu, barisan felo serta presiden kolej-kolej kediaman Universiti Putra Malaysia juga turut sama menghadirkan diri bagi memeriahkan majlis. Kolej Tan Sri Aisyah Ghani (KTAG) telah mendapat markah terkumpul tertinggi sekaligus menjadikan mereka sebagai Johan Keseluruhan SURAK 2024.

Juara keseluruhan SURAK 2024

Penyertaan permainan acara main guli dari pengetua-pengetua Kolej Kediaman UPM 

Terima kasih diucapkan kepada para peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Sukan Rakyat (SURAK) Piala Tan Sri Mustaffa Babjee 2024 ini. Diharapkan melalui program ini, dapat menyemarakkan minat dan sikap cinta akan budaya dan tradisi negara disamping dapat menerapkan semangat kesukanan dalam diri pelajar. Semoga program SURAK akan dapat dilangsungkan lagi pada masa akan datang.

Tarikh Input: 12/01/2024 | Kemaskini: 16/03/2024 | s_syazana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
X, (09:55:01am-10:00:01am, 05 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]