SUSTAINABILITY SPOTLIGHT | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
» BERITA » SUSTAINABILITY SPOTLIGHT

SUSTAINABILITY SPOTLIGHT

SUSTAINABILITY SPOTLIGHT

Disediakan oleh: Khaulah Azwar binti Mohd Ali

SERDANG, 5 Julai 2025 - Sekretariat Kelestarian Hijau dan Keterjaminan Makanan, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee (KTMB), Universiti Putra Malaysia (UPM), dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee  telah menganjurkan program Sustainability Spotlight secara atas talian di Facebook live Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee (KTMB). Seramai 300 orang pelajar universiti daripada kolej Tan Sri Mustaffa Babjee (KTMB) telah menyertai program tersebut.

Program ini telah mendedahkan pelajar universiti terhadap kehidupan hijau yang lebih lestari di kampus.Terdapat dua slot perkongsian bagi program ini yang berlangsung selama dua hari. Slot pertama yang telah dianjurkan bertajuk “Pengangkutan Hijau untuk Kampus Lestari dan Masa Depan Lebih Hijau” dan slot kedua bertajuk “Tanaman Hiasan: Terapi Semula Jadi kepada Pelajar”. Program ini memberikan peluang kepada pelajar untuk mendalami isu-isu berkaitan kelestarian, seperti penggunaan pengangkutan mesra alam di kampus dan manfaat tanaman hiasan terhadap kesejahteraan mental.

Slot pertama iaitu “Pengangkutan Hijau untuk Kampus Lestari dan Masa Depan Lebih Hijau” yang berlangsung pada 9 April 2025 telah dikongsikan oleh panel jemputan, Prof. Ir. Dr. Hasfalina Che Man, Profesor Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia. Sesi perkongsian ini memfokuskan kepada penggunaan pengangkutan hijau bagi melahirkan kampus yang lebih lestari serta menggalakkan penggunaan tenaga hijau dalam kehidupan seharian.

Slot kedua iaitu “Tanaman Hiasan: Terapi Semula Jadi kepada Pelajar” yang berlangsung pada 10 April 2025 telah dikongsikan oleh panel jemputan Puan Amirah Hazwani Binti Bakri, Pegawai Psikologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sesi perkongsian ini pula mendedahkan tentang kelebihan tanaman hiasan dalam meningkatkan kesejahteraan mental dan persekitaran pelajar. Slot ini telah membuktikan tentang peranan tanaman dalam kehidupan yang lebih harmoni. Antaranya, terapi tumbuhan, kesan hubungan dengan tanaman dari segi psikologi dan peningkatan produktiviti di tempat kerja.

Diharapkan program ini dapat meningkatkan pemahaman tentang pentingnya menjaga dan memelihara alam sekitar serta memupuk budaya kesejahteraan mental melalui pengetahuan tentang tanaman hiasan sebagai terapi semula jadi.

Sesi bersama penceramah Puan Amirah Hazwani bt Bakri
 
Sesi bersama penceramah Prof. Ir Dr. Hasfalina Che Man
 
 

Tarikh Input: 05/07/2025 | Kemaskini: 05/07/2025 | s_syazana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
W, (04:49:02pm-04:54:02pm, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]