KMB, 28 OKT 2022 - Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee sesi 2022/2023 di atas kejayaan merangkul gelaran Johan bagi Malam Tunas Budaya 2022. Tidak terhenti di situ, anugerah Publisiti Terbaik, Muzik Terbaik dan Kreativiti Terbaik turut dirangkul dengan penuh versatil mengalahkan lapan kumpulan peserta daripada kolej lain. Setelah dua tahun berturut-turut Malam Tunas Budaya hilang menyepi, sekembalinya diserikan dengan kejayaan berganda-ganda oleh Kelab Arustika Putrasakti, Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee sesi 2022/2023. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Kelab Arustika Putrasakti, semua ahli jawatankuasa dan peserta yang telah berhempas pulas menempa kejayaan yang bermakna ini.
Seluruh staf dan felo mengucapkan setinggi tinggi tahniah, semoga kejayaan seumpama ini dapat dikekalkan pada masa hadapan demi mengharumkan nama Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee yang tercinta di peringkat yang lebih tinggi.
Tarikh Input: 02/11/2022 |
Kemaskini: 02/11/2022 | s_syazana
PERKONGSIAN MEDIA