16 Oktober 2024, Serdang – Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah menganjurkan Program Malam Tunas Budaya yang berlangsung pada 13 Oktober 2024 di Dewan Besar Pusat Kebudayaan Salahuddin, Pusat dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Program ini diadakan bagi menyambut kedatangan dan memperkenalkan pelajar baharu tahun 1 kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) serta mencungkil bakat pelajar.

Bergambar kenangan bersama pemenang dan pihak pengurusan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee

Tahniah untuk semua pemenang.
Program Malam Tunas Budaya telah disertai oleh pasukan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee, Arustika Putrasakti. Tema program ini adalah “Cinta,Tanah dan Warisan; Melodi Dari Ladang Ke Panggung”. Pasukan Arustika Putrasakti telah berjaya merangkul Tempat Ketiga dalam program ini. Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha gigih dan komitmen yang tinggi oleh semua ahli pasukan, serta sokongan tidak berbelah bahagi daripada seluruh warga kolej. Pasukan Arustika Putrasakti telah mempamerkan bakat, kreativiti dan semangat yang tinggi, sekaligus membawa nama Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee ke persada kejayaan dalam program yang berprestij ini.
Penglibatan dan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh ahli MPK KTMB amat membanggakan PTJ secara khususnya dan UPM secara amnya.
Disediakan oleh:
Vikaash A/L Anandan
Pengerusi
Sekretariat Pendigitalan dan Komunikasi Korporat
Majlis Perwakilan Kolej
Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee
Tarikh Input: 16/10/2024 | Kemaskini: 16/10/2024 | s_syazana

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia