SERDANG, 1 Mac 2023 - Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 12 (3) Perlembagaan Universiti Putra Malaysia, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan bin Sulaiman, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia telah melantik semula Profesor Madya Dr. Jasronita Jasni sebagai Pengetua, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee, Universiti Putra Malaysia bagi tempoh dua tahun mulai 1 Mac 2023 hingga 28 Februari 2025.
YBhg Profesor Madya Dr. Jasronita Jasni telah mula berkhidmat sebagai pengetua di Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee yang dahulu dikenali sebagai Kolej Tujuh Belas bermula 15 September 2020. Sepanjang perkhidmatan YBhg Profesor Madya Dr. Jasronita Jasni sebagai pengetua kolej, beliau telah berjaya melakukan beberapa perubahan besar melibatkan infrastruktur dan kemudahan pelajar di Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee. Di antara kemudahan infrastruktur yang dinaik taraf adalah, penambahan naik taraf rumah emas di Blok B, naik taraf waterproofing rumah pelajar, naik taraf wifi rumah pelajar, projek mengecat bangunan kolej yang sedang berlangsung dan dijangka siap pada bulan Jun 2023. Bukan itu sahaja, beliau juga turut menambah kemudahan untuk keselesaan pelajar seperti penambahan perkhidmatan dobi layan diri di blok D, rumah parcel dan parkir OKU. Dan pastilah tarikh keramat dan menjadi sejarah bagi warga kolej adalah penamaan semula Kolej Tujuh Belas kepada Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee pada 26 Jun 2022.
Semoga dengan lantikan semula ini dapat memacu Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee ke arah kejayaan di masa akan datang. Seluruh warga kolej amat berbesar hati di atas pelantikan semula YBhg. Profesor Madya Dr. Jasronita Jasni sebagai Pengetua Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee.

Tarikh Input: 01/03/2023 | Kemaskini: 01/03/2023 | s_syazana

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia