TEACH THE NEEDS 3.0 | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
» BERITA » TEACH THE NEEDS 3.0

TEACH THE NEEDS 3.0

SERDANG, 3 FEBRUARI 2023 - Telah berlangsungnya program Teach The Needs 3.0 anjuran Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee sesi 2022/2023 dengan kerjasama Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi. Program yang bertempat di Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi, Kuala Lumpur telah disertai oleh seramai 40 orang sukarelawan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee dan 55 orang pelatih sekolah tersebut. Program motivasi ini adalah penutup sepanjang Kelas Tuisyen SPM yang disediakan oleh mahasiswa dan mahasisiwi dari Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee UPM kepada pelatih STBSB yang terlibat dengan SPM pada tahun ini.

Sebanyak 4 kali kelas tuisyen SPM telah diadakan dan tahun ini adalah tahun kedua sumbangan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee, Universiti Putra Malaysia kepada Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi.

Teach The Needs 3.0 telah berjaya menerima geran tajaan daripada Mystarfish Foundation dan sumbangan luar sebanyak RM6243.00 bagi pembelian buku teks, buku rujukan dan buku latihan SPM serta rak buku. Tujuan utama program ini adalah untuk membantu 9 orang pelatih dalam melakukan persediaan saat akhir bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2022.

Program ini juga memegang objektif untuk mengasah bakat pelajar Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee dalam berinteraksi dan menyampaikan sesuatu ilmu dengan cara yang bersesuaian mengikut tahap kefahaman dan kemampuan pendengar.

Prof. Madya Dr. Jasronita Binti Jasni pengetua Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee dalam ucapan akhir turut tersentuh hati dan sebak ketika menyampaikan amanat dan pesanan kepada pelatih di Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi, Kuala Lumpur berharap supaya pelatih apabila keluar kelak menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Turut berpesan kepada pelajar UPM dan masyarakat "sebagai masyarakat kita tidak boleh ada perspektif yang negatif terhadap para pelatih apabila mereka memulakan kehidupan di luar kelak".

Program ini telah melaksanakan Sesi Pengajaran dan Pembelajaran subjek Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam dengan konsep satu pengajar satu pelajar daripada 6, 13 November, 4 dan 10 Disember 2022. Pada hari kelima iaitu 17 Disember 2022 pula, aktiviti Sembang Santai dan Majlis Penutupan dan Penyerahan Cenderahati telah dijalankan.

Ribuan ucapan terima kasih diucapkan kepada para peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Teach The Needs 3.0 ini. Semoga semua pelajar yang menyertai program ini dapat terus menyumbang bakti kepada masyarakat dan negara pada masa akan datang.

 

 

 

 

 

 

Kredit foto : facebook rasmi Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi WPKL

Tarikh Input: 03/02/2023 | Kemaskini: 17/02/2023 | s_syazana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
F, (05:28:11pm-05:33:11pm, 28 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]