Serdang, 30 Ogos - Pada 14 dan 21 Mei 2023 yang lalu, Sekretariat Kesukarelawanan dan Mobiliti telah menganjurkan satu program yang berteraskan khidmat komuniti dan kemasyarakatan iaitu program Teach The Needs 5.0 dengan kerjasama Sekolah Tunas Bakti Sg. Besi, Kuala Lumpur.

Program yang telah dijalankan di Sekolah Tunas Bakti Sg. Besi, Kuala Lumpur ini bertujuan untuk berkongsi ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajar di sekolah tersebut yang berumur antara 14 hingga 18 tahun yang menghadapi masalah dalam pembelajaran dengan membantu mereka menguasai kemahiran menulis, mengira dan membaca (3M). Perkara ini diharapkan dapat membantu pelajar Sekolah Tunas Bakti Sg. Besi, Kuala Lumpur untuk menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi agar mereka berupaya untuk mengikuti pembelajaran seterusnya. Program ini adalah siri yang terakhir bagi sesi 2022/2023.

Program ini telah disertai oleh 14 orang sukarelawan daripada Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee dan 9 orang pelajar Sekolah Tunas Bakti, Sg. Besi, Kuala Lumpur. Antara aktiviti utama yang telah dijalankan adalah sesi pembelajaran membaca dan menulis dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris, sesi pembelajaran mengira bagi operasi tambah, tolak, darab dan bahagi serta pelbagai aktiviti yang menarik seperti aktiviti ice-breaking dan melukis.
Bagi penutup pada program Teach The Needs pada kali ini, ucapan perasmian penutup oleh Felo Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee, Puan Salasiah binti Mustaffa merupakan felo bagi Sekretariat Kesukarelawan dan Mobiliti. Puan Salasiah turut mengucapkan syabas dan terima kasih kepada kesemua barisan MPK yang terlibat secara lansung atau tidak langsung dalam menjayakan program ni.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada para sukarelawan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Teach The Needs 5.0 ini. Semoga program ini sedikit sebanyak dapat memberi impak positif kepada para pelajar UPM untuk membina hubungan sosial yang baik bersama masyarakat setempat pada masa yang sama dapat mengasah kemahiran berkomunikasi serta meningkatkan keyakinan diri semasa berinteraksi dengan orang ramai.

Tarikh Input: 30/08/2023 | Kemaskini: 30/08/2023 | s_syazana

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia