THE GREEN RIBBON EFFECTIVE AGENT TRAINING (GREAT) PROJECT@KMB | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
» BERITA » THE GREEN RIBBON EFFECTIVE AGENT TRAINING (GREAT) PROJECT@KMB

THE GREEN RIBBON EFFECTIVE AGENT TRAINING (GREAT) PROJECT@KMB

SERDANG, 18 FEB 2023 – Dibawah Sekretariat Pengerusi Blok dan Kebajikan telah menganjurkan Program The Great Project @ KMB bersama pihak Green Ribbon Group. Program The Great Project @ KMB tersebut telah berlangsung di Bilik Seminar Fakulti Perubatan Veterinar pada 12 dan 13 November 2022 yang lalu (Sabtu dan Ahad),dan telah dihadiri oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Amini Amir bin Abdullah, Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej-Kolej Kediaman, Universiti Putra Malaysia serta YBrs. Prof. Madya Dr. Jasronita binti Jasni, Pengetua Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee, Universiti Putra Malaysia. Program The Great Project @ KMB telah disertai oleh 36 orang pelajar dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan serta Fakulti Perubatan Veterinar.

Program ini bertujuan untuk memberikan pengenalan kepada kesihatan mental, latihan empati dan advokasi untuk pelajar universiti. Terdapat 3 sesi bengkel yang mengetengahkan topik-topik menarik seperti “What is Mental Health vs Mental Illness”, “A Conversation” serta “Building a Campaign”. Turut membuat liputan program di media sosial Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee oleh Sekretariat ICT dan Penerbitan di bawah seliaan felo yang terlibat bagi membantu mempromosi dan menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajar .

Ribuan terima kasih diucapkan kepada para pelajar dan sukarelawan yang terlibat atas kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan semua aktiviti yang dianjurkan selama dua hari ini. Semoga para pelajar yang hadir dalam program ini mendapat maklumat dan input baharu tentang kesihatan mental agar dapat diterapkan dan dimanfaatkan dalam kehidupan seharian. Diharapkan dengan program seumpama ini dapat memupuk amalan penjagaan kesihatan mental yang tinggi dalam kalangan pelajar Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee, khususnya dan pelajar Universiti Putra Malaysia secara amnya.

Tarikh Input: 18/02/2023 | Kemaskini: 20/02/2023 | s_syazana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
W, (09:00:25am-09:05:25am, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]