SELANGOR, 7 OGOS 2024 - Pada 27 April 2024, program The Mind Project: Let’s Healing anjuran Sekretariat Pengerusi Blok dan Kebajikan telah dijalankan di Gua Batu Maloi Recreational Forest, Negeri Sembilan. Program ini telah dijalankan dengan kerjasama pihak Rashihah Nordin Resources (RNR) Adventures. Program ini melibatkan 21 orang peserta daripada pelajar Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee, Universiti Putra Malaysia. Pihak RNR Adventures telah menyediakan 3 orang jurulatih yang mempunyai kelayakan dan berpengalaman dalam menjalankan aktiviti mendaki dan meneroka gua ini.
Program telah berlangsung seawal 6 pagi, pelajar bergerak dari Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee dan tamat pada pukul 3 petang. Program ini turut mendapat sambutan di kalangan pelajar kerana melalui program ini telah memberi peluang kepada pelajar untuk keluar bereksplorasi bersama rakan-rakan dan berada di luar rutin harian serta zon selesa sebagai seorang pelajar.

Melalui pelaksanaan program ini, pelajar dapat menenangkan fikiran mereka bersama alam semula jadi sepanjang gua kerana terdapat sungai yang sejuk dan tenang. Bukan itu sahaja, pelajar juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Sepanjang program ini, para peserta dapat mempraktikkan sifat kerjasama antara satu sama lain kerana adanya jalan yang sempit, berliku dan sukar. Selain itu, aktiviti penerokaan gua ini turut mendedahkan para peserta dengan fauna yang berada di dalam gua seperti ratusan kelawar yang sedang berehat dan beterbangan. Penerokaan ini telah mengambil selama 3 jam dan diakhiri dengan sedikit ucapan daripada kedua-dua pihak RNR Adventures dan pengarah program.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada barisan pelaksana dan peserta yang terlibat bagi menjayakan program ini. Semoga dengan berlangsungnya program ini, peserta dapat mengurangkan stres yang mendatangkan kesejahteraan emosi secara keseluruhan.
Tarikh Input: 07/08/2024 | Kemaskini: 07/08/2024 | s_syazana

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia