UNDI 18: SUDAHKAH ANDA BERSEDIA? | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
» BERITA » UNDI 18: SUDAHKAH ANDA BERSEDIA?

UNDI 18: SUDAHKAH ANDA BERSEDIA?

UPM,6 Oktober 2022 - Telah berlangsungnya program “Undi 18: Sudahkah Anda Bersedia?” di bawah anjuran Sekretariat Pengerusi Blok dan Kebajikan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee sesi 2022/2023. Program ini diadakan untuk memperkasakan pengetahuan pelajar Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee mengenai konsep pilihan raya di Malaysia serta memahami tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Program ini juga akan memberi pendedahan kepada pelajar tentang sistem pilihan raya Malaysia secara menyeluruh yang turut melibatkan sesi soal jawab di akhir program. Seterusnya, para pelajar juga akan didedahkan dengan informasi dan pengetahuan tentang cara mengundi dan peranan agensi pilihan raya.
 
Di samping itu, program ini telah disertai oleh 364 orang pelajar tahun satu Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee. Pelajar dapat memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan cara mengundi. Selain itu, pelajar juga dapat mengetahui etika mengundi yang tepat dan bersedia untuk pilihan raya akan datang. Program ini diharap dapat melahirkan mahasiswa Universiti Putra Malaysia yang memahami hak mereka sebagai pengundi.
 
Ribuan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada para pelajar tahun satu Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee yang sentiasa memberikan kerjasama, begitu juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga program ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada para pelajar dan memupuk semangat patriotisme dalam diri mereka.
 
 

Tarikh Input: 02/11/2022 | Kemaskini: 02/11/2022 | s_syazana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
W, (09:56:58am-10:01:58am, 17 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]