SERDANG, 25 Julai - Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menjadi tuan rumah Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) Kali ke-44, pada tahun ini yang akan bermula 17 hingga 24 September ini. Menariknya pada tahun ini, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee juga menjadi salah satu kolej yang terlibat di dalam penyediaan penginapan bagi peserta SUKUM.
Dianggarkan lebih kurang 400 orang peserta yang akan menginap di Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee. Pihak kolej amat berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan para peserta.
Persediaan penginapan juga turut dilakukan bagi menyediakan tempat tinggal yang kondusif bagi peserta SUKUM. Semakan inventori telah mula dijalankan bagi memastikan proses persediaan penginapan berjalan lancar berikutan pelajar telah mula mendaftar keluar setelah tamat sesi 2021/2022.
Diharapkan semua peserta dan ahli yang terlibat dapat menjaga SOP dan menjaga kebersihan setiap waktu bagi melancarkan program SUKUM kali ke-44 ini nanti.

Prof. Madya Dr. Tajularipin berkata slogan kejohanan SUKUM pada kali ini ‘Bersaing Mengecap Kemanisan Kemenangan’ dan memilih Lebah sebagai maskot SUKUM ke-44. UPM
Tarikh Input: 25/07/2022 | Kemaskini: 25/07/2022 | s_syazana

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia