WAJAH BARU MPK KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE SESI 2022/2023 | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
» BERITA » WAJAH BARU MPK KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE SESI 2022/2023

WAJAH BARU MPK KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE SESI 2022/2023

PENGENALAN BARISAN MAJLIS PERWAKILAN KOLEJ, KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE SESI 2022/2023

 
Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee, 11 Okt 2022 - Sukacita dimaklumkan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee dengan rasminya memperkenalkan barisan Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee Sesi 2022/2023. Pada 2 Julai yang lalu, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee telah mengadakan Majlis Watikah Pelantikan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee bertempat di Dataran KMB. Pelantikan ini merupakan proses wajib bagi setiap kolej kediaman di Universiti Putra Malaysia pada setiap tahun untuk melantik Majlis Perwakilan Kolej bagi sesi yang baharu iaitu sesi 2022/2023.
 
Majlis Perwakilan Kolej dilantik sebagai perantara pihak pengurusan dan pelajar di Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee. Majlis Perwakilan Kolej telah diamanahkan oleh pihak Pengurusan Kolej bagi membantu selia urus aktiviti pelajar yang telah dirancang mengikut takwim aktiviti yang telah dipersetujui. Kebajikan pelajar adalah menjadi keutamaan dan tanggungjawab kepada Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee secara langsung dalam menyediakan penginapan yang selesa, persekitaran yang selamat dan kondusif untuk pelajar serta melahirkan pelajar dengan personaliti yang unggul.

Tahniah diucapkan kepada wakil pelajar yang telah terpilih dan pihak Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee mengucapkan selamat menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Berikut merupakan Barisan Ahli Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee bagi sesi 2022/2023. Sebarang permasalahan dan persoalan boleh terus diajukan kepada mana-mana Ahli Majlis Perwakilan Kolej.
 

Tarikh Input: 11/10/2022 | Kemaskini: 11/10/2022 | s_syazana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
X, (06:05:28pm-06:10:28pm, 15 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]