UTAMA | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE

Kolej Tujuh Belas mula dibangunkan pada 10 Julai 2003 seiring dengan pembinaan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dengan anggaran kos RM 202 juta dan telah siap dibina sepenuhnya pada 10 Januari 2006.

Majlis penyerahan kunci bangunan Kolej Tujuh Belas daripada pihak pemaju kepada Timbalan Naib Canselor ( Penyelidikan dan Inovasi ) Universiti Putra Malaysia telah diadakan pada 16 Jun 2006. Walaubagaimanapun, Kolej Tujuh Belas telah mula beroperasi pada 1 Julai 2006. Buat sementara waktu, pusat pentadbiran sementara terletak di Astaka Seni, Universiti Putra Malaysia.

Secara umumnya, kolej ini menempatkan pelajar-pelajar dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan serta Fakulti Perubatan Veterinar. Namun demikian, terdapat juga segelintir pelajar daripada fakulti-fakulti lain dalam kampus Universiti Putra Malaysia yang menetap di sini. Keseluruhannya, terdapat 4 blok bangunan kediaman pelajar iaitu blok A, blok B dan C bagi pelajar wanita serta blok D bagi pelajar lelaki. Selain itu, terdapat juga surau, sebuah bangunan kiosk pelajar, kafeteria, rumah pengetua dan lapan (8) unit rumah felo.

Kapasiti yang boleh ditampung bagi Kolej 17 ialah seramai 1900 orang.

 

Universiti Putra Malaysia (UPM) amat menitikberatkan keperluan dan keselesaan pelajar semasanya iaitu pelajar yang sedang menjalankan pengajiannya di UPM. Justeru, UPM menyediakan pelbagai kelengkapan teknologi dan juga kemudahan bagi menjamin keselesaan para pelajar. Selain daripada itu, pelbagai program dan aktiviti bukan akademik dijalankan untuk pelajar semasa agar mereka berasa gembira semasa berada di UPM dan sekaligus dapat menyeimbangkan pencapaian akademik dan pembangunan insaniah untuk kehidupan lestari.

Pelajar yang ditempatkan di Kolej Tujuh Belas adalah terdiri daripada pelbagai program pengajian yang terdiri daripada 2 fakulti iaitu Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Fakulti Perubatan Veterinar.

BAKAL PELAJAR

 

CARA MEMOHON

Permohonan kemasukan ke UPM bagi pengambilan setiap tahun adalah melalui Aplikasi Dalam Talian (Online Application) yang diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar,Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia. Pemohon boleh melayari Laman Web https://upu.mohe.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai syarat am serta keperluan Khas Program dan seterusnya mengemukakan permohonan melalui Aplikasi Dalam Talian selepas iklan mengenai disiarkan dalam akhbar utama tempatan.

 

 

 

 

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN KOLEJ

Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee (KMB) merupakan kolej bongsu di antara 10 buah kolej kediaman yang terdapat di Universiti Putra Malaysia. Kolej ini mula beroperasi pada Julai 2006. Kolej ini menempatkan pelajar-pelajar dari Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK) dan Fakulti Perubatan Veterinar (FPV). Keseluruhannya, terdapat 4 blok bangunan kediaman pelajar iaitu blok A, blok B dan blok C yang menempatkan pelajar perempuan manakala blok D adalah bagi pelajar lelaki.

Kolej Tan Sri MUstaffa Babjee juga turut menyediakan kemudahan seperti surau, kiosk pelajar, kafeteria, padang bola sepak, gelanggang permainan, rumah tamu dan tujuh (7) unit rumah felo. Penginapan di Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee berkonsepkan 'Apartment Style' di mana terdapat empat (4) bilik untuk setiap rumah didiami oleh dua (2) orang pelajar untuk setiap bilik.

Kapasiti keseluruhan yang boleh ditampung oleh Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee ialah seramai 1600 orang.

Kolej ini bertanggungjawab secara langsung dalam menyediakan penginapan yang selesa, persekitaran yang selamat dan kondusif untuk pelajar serta melahirkan pelajar dengan personaliti yang unggul.

Melangkah keluar dari menara gading sebagai graduan cemerlang UPM tidak bermakna jalinan perhubungan anda bersama komuniti di sini terhenti begitu sahaja. Bekas graduan UPM dialu-alukan untuk menyertai Persatuan Alumni UPM, yang mana ditubuhkan khas untuk mengukuhkan ikatan silaturrahim serta jaringan bermanfaat daripada variasi bidang kepakaran. Malah, ramai di antara ahli Alumni UPM telah diangkat sebagai duta di atas sumbangan besar mereka di dalam bidang masing-masing, sehingga meninggalkan impak yang besar kepada masyarakat dan negara - sekaligus mengharumkan nama universiti di persada antarabangsa.

Sejak tahun 1971, penyertaan Alumni UPM telah mencapai lebih 145,000 orang – bukan sahaja dari Malaysia, tetapi dari seantero dunia yang meliputi Australia, Iran, Perancis, Myanmar dan Arab Saudi. Berbekalkan hasrat untuk mengeratkan ukhwah sesama bekas komuniti universiti yang disegani, Alumni UPM sehingga kini telah berjaya berkongsi idea-idea hebat serta menyuarakan pandangan kritis demi pembangunan universiti yang dinamik dalam merealisasikan segala visi dan misinya.

Bagi yang berminat untuk mengetahui maklumat terperinci mengenai Persatuan Alumni UPM, boleh layari Laman Web Rasmi Pusat Alumni untuk informasi yang lebih lanjut.

artikel
Tips Kekal Aktif
Amalan mudah yang boleh diamalkan dalam rutin harian di kampus: Berjalan kaki dari tempat letak kenderaan ke pejabat Melakukan regangan ringan di meja setiap 30–60 minit Menggunakan tangga berbanding lif di pejabat Mengemas ruang atau tempat kerja secara berkala Berjalan kaki ke kafeteria Mengemas dan menyusun fail serta buku
Tips Kekal Aktif
IMEJ PERIBADI
IMEJ PERIBADI
Kehidupan Kampus
Kehidupan Kampus
Artikel-artikel lain...
berita
Podcast: Nightline UPM Sediakan Platform Santai Untuk Mahasiswa
Podcast: Nightline UPM Sediakan Platform Santai Untuk Mahasiswa
Program Podcast: Nightline UPM telah berjaya dianjurkan oleh Sekretariat Pendigitalan dan Komunikasi Korporat pada 8, 15, 22 dan 29 Januari 2026 yang berlangsung setiap hari Khamis secara Facebook Live Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee.
pengumuman
Tiada tawaran sebutharga.
Tiada tawaran jawatan kosong.


MAKLUMAT LANJUT: eJOBS

aktiviti
ikuti kami
fb.png
youtube.png
insta.png
tiktok.png
W, (08:14:05pm-08:19:05pm, 08 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]