PROGRAM ZOONOALERT: ONE HEALTH | KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
» BERITA » PROGRAM ZOONOALERT: ONE HEALTH

PROGRAM ZOONOALERT: ONE HEALTH

PROGRAM ZOONOALERT: ONE HEALTH

SELANGOR, 27 Julai 2024 - Sekretariat Pengerusi Blok dan Kebajikan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee sesi 2023/2024 telah mengadakan program ZoonoAlert: One Health yang bertempat di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK) pada 20 Januari 2024 ( Sabtu) awal tahun yang lalu.

Program ZoonoAlert: One Health mempunyai empat modul yang bermula dengan Modul 1 iaitu Introduction to UPM Vet and USIM Medic: Vet Doctor vs Human Doctor yang telah diberikan oleh Dr. Nurul Kharmila binti Abdullah, Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Modul 2 pula bertajuk What is a Pathogen? yang mendidik pelajar tentang mikroorganisma melalui aktiviti praktikal membuat model mikroorganisma menggunakan bahan yang telah disediakan. Dalam Modul 3 iaitu Introduction to One Health Concept, peserta telah diperkenalkan kepada konsep One Health yang menerangkan hubungan antara kesihatan manusia, haiwan, dan alam sekitar oleh Dr. Nurul Indah, pensyarah Fakulti Perubatan Veterinar UPM dan juga 2 orang ahli One Health Student Club USIM. Program ini kemudiannya mengambil pusingan proaktif dengan modul sampingan iaitu penyaringan kesihatan yang disediakan untuk guru dan pelajar di SMAPK. Modul terakhir ialah Modul 4: Explorace - Be a Zoonotic Disease Detective yang merupakan gabungan dinamik penjelajahan dan perlumbaan. Melalui modul ini, pelajar telah menggunakan pengetahuan yang diperoleh dari modul-modul sebelumnya untuk menyelesaikan cabaran di setiap stesen.

Oleh itu, melalui program ZoonoAlert: One Health, pelajar bukan sahaja mampu mengukuhkan pemahaman mereka tentang penyakit zoonotik dan One Health, malah dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mempertahankan kesejahteraan bersama antara manusia, haiwan dan persekitaran. Sekalung apresiasi diucapkan pada seluruh ahli jawatankuasa yang turut bertungkus-lumus dalam melancarkan program ini, serta para peserta yang dapat meluangkan masa bagi menjayakan program. Semoga dengan kerjasama daripada semua pihak, matlamat program ini untuk membina generasi yang berpengetahuan tinggi dan prihatin tentang haiwan dan juga alam sekitar mampu dicapai.

Tarikh Input: 27/07/2024 | Kemaskini: 27/07/2024 | s_syazana

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ TAN SRI MUSTAFFA BABJEE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
S, (09:16:39am-09:21:39am, 15 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]