AGIHAN BUBUR LAMBUK KEPADA WARGA KOLEJ TUJUH BELAS | TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
» NEWS » AGIHAN BUBUR LAMBUK KEPADA WARGA KOLEJ TUJUH BELAS

AGIHAN BUBUR LAMBUK KEPADA WARGA KOLEJ TUJUH BELAS

KOLEJ TUJUH BELAS - 9 April 2022 | 8 Ramadan 1443 H, Kelab Syababul Musolla di bawah Sekretariat Kerohanian Dan Perpaduan telah menganjurkan aktiviti memasak bubur lambuk untuk diedarkan kepada seluruh warga Kolej Tujuh Belas. Aktiviti memasak bubur lambuk ini telah melibatkan tugas-tugas seperti memotong, memasak, dan membungkus telah dilakukan oleh ahli Kelab Syababul Musolla, wakil Majlis Perwakilan Kolej, barisan felo serta staf Kolej Tujuh Belas.
Terdapat sebanyak 600 bungkus bubur lambuk yang dapat diagihkan kepada warga Kolej Tujuh Belas sebagai juadah untuk berbuka puasa.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menjayakan program kali ini, terutama bagi yang berkorban masa dan tenaga untuk memasak bubur lambuk serta para pelajar yang memberikan kerjasama dalam memudahkan proses pemberian bubur lambuk yang berjalan dengan lancar.
Diharapkan program ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang untuk merapatkan ukhuwah sesama pelajar dan memberi juadah percuma untuk pelajar berbuka puasa.
 
Dalam riwayat lain dari Zaid Bin Khalid al-Jurani Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah S.A.W bersabda
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.” ( HR. Al-Tirmizi : 807 )
Sekian, terima kasih.
 
'Membina Generasi Al-Fateh'
'Berilmu, Bertaqwa, Berjasa'
 
 
 

Date of Input: 20/04/2022 | Updated: 20/04/2022 | s_syazana

MEDIA SHARING

TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
SXFULAS~