“BIZWEEK: WHERE IDEAS TAKE FLIGHT” | TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
» NEWS » “BIZWEEK: WHERE IDEAS TAKE FLIGHT”

“BIZWEEK: WHERE IDEAS TAKE FLIGHT”

Oleh: Nurul Anis Mohd Tarmizi

Foto oleh: (AJK multimedia/Jurugambar)

SERDANG, 16 Mei 2025 - Sekretariat Keusahawan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan program “BizWeek: Where Ideas Take Flight”.  Program ini berlangsung dari 11 hingga 16 Mei 2025 berjaya menarik seramai 3,032 peserta daripada pelajar Kolej tan Sri Mustaffa Babjee dan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM). Matlamat utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia keusahawanan dan bagaimana mereka boleh memulakan perniagaan kecil atau “side hustle” menggunakan kemahiran sedia ada.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang seminggu program ini berlangsung adalah Pertandingan PitchPerfect Challenge dan Instagram Daily Posts, dan perkongsian tentang perniagaan dengan tajuk “Side Hustles: Turning Hobbies Into Income” yang menampilkan Prof. Madya Dr. Siti Rahayu Binti Husin, pensyarah dari Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, UPM sebagai panel jemputan.

Pemenang bagi pertandingan PitchPerfect Challenge

Pertandingan PitchPerfect Challenge yang berlangsung pada 11 hingga 16 Mei 2025 merupakan salah satu aktiviti yang diadakan dalam minggu program BizWeek yang memberi peluang dan menguji kreativiti dan keyakinan pelajar. Walaupun penyertaan terhad, ia tetap berjalan lancar dan berjaya mencungkil potensi usahawan muda.

Instagram Daily Post

Instagram Daily Post yang berlangsung dari 11 hingga 16 Mei juga merupakan aktiviti harian sepanjang BizWeek yang melibatkan perkongsian kreatif pelajar di media sosial. Ia bertujuan meningkatkan penglibatan serta mempromosikan semangat keusahawanan secara interaktif dan santai.

Business Talk “Side Hustles: Turning Hobbies Into Income”

Kemuncak bagi minggu program ini adalah Business Talk pada 14 Mei 2025 dengan tajuk “Side Hustles: Turning Hobbies Into Income” telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Siti Rahayu Binti Husin dan berjaya memberi inspirasi kepada pelajar tentang cara menjadikan minat sebagai sumber pendapatan melalui perkongsian pengalaman serta panduan praktikal.

Pengarah program, Nurul Anis Mohd Tarmizi, berkata bahawa program “BizWeek: Where Ideas Take Flight”  telah mencapai matlamatnya dengan penglibatan pelajar yang sangat menggalakkan sepanjang program berlangsung. “Kami berharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan lebih banyak penyertaan aktif dalam pertandingan seperti PitchPerfect serta penggunaan platform hibrid agar capaian dan impaknya lebih luas,” katanya.

Dengan kejayaan penganjuran kali ini, Sekretariat Keusahawanan bercita-cita untuk menjadikan BizWeek sebagai program tahunan dalam usaha memperkukuh budaya keusahawanan dan kemahiran digital dalam kalangan pelajar UPM. Diharapkan inisiatif ini terus memberi manfaat berpanjangan kepada pelajar sebagai persediaan menghadapi cabaran dunia kerjaya dan perniagaan sebenar.

Press contact:
Nama: Nurul Anis Mohd Tarmizi
Email: sku.mpkktmb.2425@gmail.com
No. HP: 011-10753234

Date of Input: 04/07/2025 | Updated: 04/07/2025 | s_syazana

MEDIA SHARING

TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
X, (06:46:32am-06:51:32am, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]