SELANGOR, 7 OGOS 2024 - Pada 6 Januari 2024 yang lalu, telah berlangsungnya program Ecoheroes di bawah anjuran Sekretariat Keceriaan dan Kelestarian Hijau, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee sesi 2023/2024 dengan kerjasama beberapa pihak seperti Jabatan Perikanan Negeri Melaka, Jabatan Perhutanan Negeri Melaka dan Jabatan Alam Sekitar Melaka yang disertai oleh 200 orang warga komuniti Pantai Teluk Kemang dan 40 orang pelajar Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee.
Program ini dijalankan di tiga lokasi yang berbeza iaitu di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Melaka, Hutan Simpan Tanjung Tuan Melaka dan Pantai Teluk Kemang Port Dickson yang bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk lebih mendekati alam sekitar dengan mengenali haiwan terancam khususnya penyu dan melibatkan diri secara aktif dengan aktiviti penanaman pokok selaras dengan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pemulihan ekosistem iaitu perlindungan kawasan pantai serta sumber marin. kepentingan penjagaan alam sekitar di persekitaran laut.

Peserta bergambar kenangan di pintu masuk Tanjung Tuan.
Antara aktiviti yang dijalankan di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (PKPP) adalah mendengar taklimat pengenalan spesies penyu dan langkah-langkah mengatasi kepupusan penyu seterusnya aktiviti gotong royong di sekitar PKPP. Program diteruskan dengan aktiviti penanaman pokok di sekitar kawasan Pantai Pengkalan Balak dengan bimbingan daripada pegawai perhutanan. Slot yang terakhir iaitu pengedaran risalah oleh 40 orang pelajar Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee kepada pengunjung Pantai Teluk Kemang berkenaan langkah-langkah mengatasi pencemaran plastik dan laut.

Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Melaka.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada para AJK dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Ecoheroes ini. Semoga program ini memberikan impak positif kepada pelajar dan warga komuniti untuk sentiasa memulihara dan memelihara alam sekitar disamping dapat memperluaskan jaringan sosial antara komuniti dengan pelajar melalui interaksi antara satu sama lain.
Date of Input: 07/08/2024 | Updated: 07/08/2024 | s_syazana

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia