FRISBEE TOURNAMENT : FLY HIGH | TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
» NEWS » FRISBEE TOURNAMENT : FLY HIGH

FRISBEE TOURNAMENT : FLY HIGH

PERTANDINGAN FRISBEE: FLY HIGH

 

Universiti Putra Malaysia, 22 Januari 2022- Telah berlangsungnya Pertandingan Frisbee: Fly High yang bertempat di Padang Bola Sepak Kolej Lembah. Program ini merupakan anjuran Sekretariat Sukan dan Rekreasi, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tujuh Belas sesi 2021/2022. Frisbee: Fly High merupakan satu program baharu yang berbentuk pertandingan yang bertujuan mencungkil bakat sukan frisbee yang semakin menjadi tumpuan golongan muda masa kini. Antara sebab utama kami memilih sukan ini adalah kerana sukan ini tidak memerlukan kos yang tinggi dan boleh dimainkan di mana-mana sahaja. Oleh yang demikian, dengan adanya pertandingan ini, kami berharap para pelajar akan lebih terdedah dengan sukan ini dan boleh menjadikan ia sebagai aktiviti riadah pada waktu petang demi menjalani kehidupan yang cergas dan sihat. Sukan Frisbee atau cakera terbang ini juga mampu membentuk nilai kesukanan dan menjadikan para pelajar lebih bijak dalam merangka strategi permainan dalam kumpulan. Bagi para pelajar yang baru mengenali sukan ini, ini adalah peluang mereka untuk lebih mendalami perkara asas dalam sukan frisbee ini. Tujuan Pertandingan ini diadakan adalah supaya para peserta dapat memupuk semangat kesukanan dan kerja berpasukan yang baik dalam kumpulan. Selain itu, pelajar dapat mengembangkan bakat permainan frisbee dan mengasah teknik dan strategi dalam permainan. Program ini juga telah melibatkan pelajar Universiti Putra Malaysia dari kolej-kolej lain.

Berikut merupakan keputusan rasmi bagi pertandingan Frisbee: Fly High:

 

🥇 K10(A)

🥈 K10(B)

🥉 KPZ(B)

 

Ribuan ucapan terima kasih diucapkan kepada para peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pertandingan Frisbee: Fly High.

 

 

(237 patah perkataan)

Date of Input: 11/03/2022 | Updated: 11/03/2022 | s_syazana

MEDIA SHARING

TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
SXFUKAv~