INTERCOLLEGE STEM DEBATE COMPETITION 2022 | TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
» NEWS » INTERCOLLEGE STEM DEBATE COMPETITION 2022

INTERCOLLEGE STEM DEBATE COMPETITION 2022

KOLEJ TUJUH BELAS - Pada 8 hingga 10 April 2022 yang lalu, telah berlangsung program Intercollege STEM Debate Competition 2022 di bawah anjuran Sekretariat Akademik, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tujuh Belas sesi 2021/2022 dengan kerjasama Serdang Royal Debate Club, UPM. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mengasah ilmu pengetahuan pelajar mengenai isu-isu semasa yang berkaitan dengan bidang Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM). Program ini diwujudkan untuk melahirkan sebuah generasi yang mampu menyelesaikan konflik mengenai sebuah topik dalam cara yang lebih profesional dan beretika iaitu melalui debat. Program ini juga diadakan bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam menyuarakan pendapat mengenai sebuah topik di hadapan khalayak ramai. Program ini dapat meningkatkan nilai kebolehpasaran pelajar seterusnya dapat membantu mereka di alam pekerjaan kelak.
 
Program Intercollege STEM Debate Competition disertai oleh beberapa buah kolej kediaman di UPM iaitu Kolej 17 yang menghantar dua wakil kumpulan, serta Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah, Kolej Pendeta Za’ba dan Kolej 14 menghantar masing-masing satu wakil kumpulan.
Tahniah diucapkan kepada pasukan Kolej 17 B yang berjaya menjadi johan bagi program Intercollege STEM Debate Competition 2022. Tahnia juga kepada pasukan Kolej 17 A yang berjaya merangkul tempat naib johan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada saudara Kaviarasan a/l Jiwa dari pasukan Kolej 17 A yang menerima anugerah pendebat terbaik bagi program Intercollege STEM Debate Competition 2022. Ribuan terima kasih diucapkan kepada para peserta, penyokong dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Intercollege STEM Debate Competition 2022 ini. Semoga pelajar Universiti Putra Malaysia khususnya pelajar Kolej Tujuh Belas yang menyertai program ini dapat meningkatkan lagi bakat mereka dalam aktiviti debat serta memupuk minat terhadap bidang STEM.
 
 
 
 
 
 
 
  

Date of Input: 26/04/2022 | Updated: 26/04/2022 | s_syazana

MEDIA SHARING

TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
SXFUQAj~