KMB KENALI ISLAM | TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
» NEWS » KMB KENALI ISLAM

KMB KENALI ISLAM

SERDANG, 8 Feb - Sekretariat Kerohanian dan Perpaduan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee telah mengadakan program KMB Kenali Islam yang bertempat di platform Instagram Syababul Musolla, dewan kuliah utama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan dataran Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee bermula 12 sehingga 16 Disember 2023 yang lalu. Program KMB Kenali Islam dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee, Kesatuan Mahasiswa Universiti Putra Malaysia dan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) 

Bermula 12 hingga 15 Disember 2023, Seretariat Kerohanian dan Perpaduan telah mengadakan kuiz KMB Kenali Islam yang bertempat di platform Instagram Syababul Musolla menggunakan media story Instagram yang berunsurkan tokoh,sirah dan juga sunnah Rasulullah. Mekanisma pertandingan kuiz ini adalah dengan, dipaparkan di story Instagram pada jam 1 petang sehingga jam 8 malam setiap hari. Kuiz ini turut mendapat sambutan pengikut media sosial Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee dan Kelab Syababul Musolla. Terdapat lebih 100 penyertaan setiap hari dikalangan pelajar dan pengikut media sosial yang menjawab soalan dan berkongsi di pautan media sosial masing masing. Secara tak langsung ramai pengikut turut mendapat pendedahan perkongsian ilmu melalui perkongsian kuiz tersebut.

Pada 14 Disember 2023,  satu ceramah perdana yang bertajuk Kisah dari Sunnah : Hikmah dan Pengajaran yang disampaikan oleh tetamu jemputan merupakan penceramah bebas Ustaz Muhammad Haris bin Mohd Ismail ataupun dikenali sebagai PU RIZ yang juga merupakan suami kepada selebriti terkenal Neelofa. Ceramah ini dijalankan dalam konsep santai bertempat di dewan kuliah utama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan yang berlangsung pada jam 8 hingga 10 malam. Perkongsian Ustaz Haris yang sangat santai dan bersahaja serta mempunyai unsur lawak jenaka dapat menarik minat ramai pelajar untuk menghayati dan mengambil iktibar dari setiap perkongsian dan nasihat yang diberikan. Di hujung slot, soalan dibuka kepada pelajar untuk bertanyakan kemusykilan, serta soalan-soalan berkaitan dengan tajuk dan ada beberapa nasihat serta teguran berdasarkan dari pengalaman serta kisah-kisah para nabi serta sahabat yang turut menyentuh hati para peserta yang terdiri daripada pelajar, staf UPM serta orang awam. 

Prof. Madya Dr. Jasronita binti Jasni berkata "Program bual bicara seperti ini sangat bagus diadakan kerana banyak perkongsian doa-doa serta nasihat yang boleh diambil untuk dijadikan garis panduan dan di aplikasikan di dalam kehidupan sebagai pelajar samada pelajar Islam ataupun bukan Islam selagi mana ia tidak bercanggah dengan kepercayaan agama masing-masing. saya sangat kagum kerana melihat pada malam ini bukan sahaja pelajar muslim malah pelajar non muslim juga turut hadir ke perkongsian ilmu ini"

 
Akhir sekali, pada 16 Disember 2023, Seretariat Kerohanian dan Perpaduan telah mengadakan pertandingan khat di sebelah petang yang dijalankan di dataran Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee pada jam 3 hingga 5 petang. Manakala pada sebelah malam pula telah diadakan pertandingan nasyid juga majlis penutupan program KMB Kenali Islam yang berlangsung pada jam 8 hingga 10 malam di dataran Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee. Seramai 3 orang pemenang bagi pertandingan Khat dan 3 buah kumpulan nasyid yang terdiri daripada pelajar Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee turut menyertai pertandingan ini bagi memeriahkan majlis. 

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pegawai pemantau, barisan pelaksana dan peserta yang terlibat bagi menjayakan program ini. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar dan dapat diteruskan pada masa yang akan datang.

Date of Input: 08/02/2024 | Updated: 16/03/2024 | s_syazana

MEDIA SHARING

TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
SXFJFAu~