PRINCIPAL'S CUP DEBATE - KOLEJ TUN DR ISMAIL | TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
» NEWS » PRINCIPAL'S CUP DEBATE - KOLEJ TUN DR ISMAIL

PRINCIPAL'S CUP DEBATE - KOLEJ TUN DR ISMAIL

SERDANG, 15 MAC 2022 - telah berlangsungnya Pertandingan DEBAT PIALA PENGETUA KOLEJ TUN DR ISMAIL 2022 (DPPKTDI’22) yang telah dianjurkan oleh SEKRETERIAT INTELEK & INOVASI, KOLEJ TUN DR ISMAIL, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA dengan kerjasama ANGKATAN BELIA MFLS @ MFLS KEBANGSAAN dan KELAB DEBAT BAHASA MELAYU UPM.
 
DEBAT PIALA PENGETUA KOLEJ TUN DR ISMAIL 2022 (DPPKTDI’22) merupakan sebuah pertandingan debat yang dianjurkan bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk mencungkil bakat mereka dalam perdebatan. Berikut merupakan tarikh berlangsungnya Pertandingan DEBAT PIALA PENGETUA KOLEJ TUN DR ISMAIL 2022 (DPPKTDI’22) bermula tarikh 8 sehingga 11 Mac 2022. Menariknya pertandingan debat ini telah berlangsung melalui platform YouTube DPPKTDI berikutan situasi covid 19. Walaupun pertandingan diadakan secara maya namun mendapat sambutan yang hangat daripada kesemua kolej-kolej di Universiti Putra Malaysia untuk menyertai pertandingan tersebut. Terima kasih diucapkan kepada para juri yang telah diamanahkan mengadili peserta debat secara adil.
 
Kolej Tujuh Belas juga tidak ketinggalan menghantar peserta untuk menyertai pertandingan tersebut dan telah membawa pulang kemenangan dan sekaligus membanggakan seluruh warga Kolej Tujuh Belas. Tahniah diucapkan kepada saudara Muhammad Hakim Nor Zamani yang terlibat dalam Debat Piala Pengetua Kolej Tun Dr Ismail kerana telah berjaya menerima Anugerah Pendebat Terbaik Keseluruhan DPPKTDI.
 
Semoga kejayaan ini dapat diteruskan serta menjadi pemangkin semangat kepada para pelajar untuk terus berjuang menyumbang kejayaan kepada Kolej Tujuh Belas.
 
 
(215 patah perkataan)

Date of Input: 15/03/2022 | Updated: 16/03/2022 | s_syazana

MEDIA SHARING

TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
SXFUKAH~