KOLEJ TUJUH BELAS - Pada 23 April 2022 telah berlangsungnya Program Putra Wizarding Bee: Can You Spell It Right? yang bertempat di Dataran 17, Kolej Tujuh Belas. Program ini merupakan anjuran Sekretariat Akademik, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tujuh Belas sesi 2021/2022.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengasah ketajaman minda serta meluaskan pengetahuan pelajar dalam perbendaharaan kata Bahasa Inggeris. Selain itu, program ini dapat melahirkan semangat kompetitif yang sihat dalam kalangan pelajar serta meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam membuat keputusan secara kritis dan kreatif. Program ini juga telah melibatkan pelajar Universiti Putra Malaysia dari kolej-kolej kediaman lain.
Berikut merupakan senarai pemenang bagi Program Putra Wizarding Bee: Can You Spell It Right?:
Tengku Adriana Sofea (K17)
Muhammad Haziq (KC)
Ng Peng Han (K17)
Syabas kepada para pemenang atas kejayaan yang membanggakan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada para peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Putra Wizarding Bee: Can You Spell It Right? Semoga pelajar Universiti Putra Malaysia khususnya pelajar Kolej Tujuh Belas dapat bergiat lebih aktif dalam menyertai program-program yang dapat memantapkan kemahiran bahasa para pelajar.
Date of Input: 26/04/2022 |
Updated: 12/05/2022 | s_syazana
MEDIA SHARING