PROGRAM TEACH THE NEEDS 4.0 | TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
» NEWS » PROGRAM TEACH THE NEEDS 4.0

PROGRAM TEACH THE NEEDS 4.0

SERDANG 19 MEI - Pada 26 Mac, 2 dan 9 April 2023 yang lalu, Sekretariat Kesukarelawanan dan Mobiliti, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee, Universiti Putra Malaysia,  telah menganjurkan satu program yang berteraskan khidmat komuniti dan kemasyarakatan iaitu program Teach The Needs 4.0 dengan kerjasama Pusat Pemerkasaan Pendidikan & Komuniti (PREPKOM), Yayasan Wilayah Persekutuan. Program ini juga telah mendapat tajaan daripada PTS Media Group Sdn. Bhd. dan Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd.
 
Program yang telah dijalankan di PPR Hiliran Ampang ini bertujuan untuk berkongsi ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajar B40 yang berumur antara 7 hingga 12 tahun yang menghadapi masalah dalam pembelajaran dengan membantu mereka menguasai kemahiran menulis, mengira dan membaca (3M). Perkara ini diharapkan dapat membantu pelajar sekolah rendah B40 di PPR Hiliran Ampang untuk menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi agar mereka berupaya untuk mengikuti pembelajaran seterusnya.
 
 
 
 
Pengetua Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee turut mengucapkan tahniah dan syabas di atas kesungguhan dan usaha dari semua MPK dan para mahasiswa yang terlibat di dalam menjayakan program kesukarelawan khidmat kepada komuniti ini.
 
Program ini telah disertai oleh 30 orang sukarelawan daripada Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee dan 30 orang pelajar sekolah rendah B40 daripada PPR Hiliran Ampang. Antara aktiviti utama yang telah dijalankan adalah sesi pembelajaran membaca dan menulis dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris, sesi pembelajaran mengira bagi operasi tambah dan tolak serta pelbagai aktiviti yang menarik seperti aktiviti ice-breaking, penghasilan kraftangan dan cari objek tersembunyi.
 
 
Ribuan terima kasih diucapkan kepada para sukarelawan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Teach The Needs 4.0 ini. Semoga program ini sedikit sebanyak dapat memberi impak positif kepada para pelajar UPM untuk membina hubungan sosial yang baik bersama masyarakat setempat pada masa yang sama dapat mengasah kemahiran berkomunikasi serta meningkatkan keyakinan diri semasa berinteraksi dengan orang ramai.
 
 

Date of Input: 19/05/2023 | Updated: 19/05/2023 | s_syazana

MEDIA SHARING

TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
SXFUOAZ~