RE-LOVE MARKET | TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
» NEWS » RE-LOVE MARKET

RE-LOVE MARKET

SERDANG, 11 Mei 2023 - Sekretariat Keceriaan dan Kelestarian Hijau, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee sesi 2022/2023 telah menganjurkan program Re-love Market di sekitar Universiti Putra Malaysia dan Dataran Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee. Program ini berlangsung secara berfasa iaitu Let’s Declutter Together, Re-love Market dan pemberian sumbangan daripada hasil jualan kepada Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR), Subang Jaya pada 26 Mac, 2 dan 9 April 2023 yang lalu.
 
Program ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan aktiviti thrifting yang dapat membantu mengurangkan jejak karbon demi menjamin keseimbangan dan kelestarian alam. Selain itu, program ini juga membuka peluang kepada pelajar untuk mendapatkan barangan terpakai yang berkualiti dengan harga mampu milik.
Program Let’s Declutter Together yang diadakan pada 26 Mac 2023 telah melibatkan seramai 317 orang peserta daripada seluruh Universiti Putra Malaysia. Barangan terpakai seperti buku, pakaian, barang perhiasan, permainan kanak-kanak dan beg telah berjaya dikumpulkan. Aktiviti pengasingan barang mengikut kategori diteruskan pada sesi petang.
Pada 2 April 2023, program Re-love Market telah diadakan di Dataran KMB. Program ini telah menerima sambutan yang baik khususnya daripada pelajar Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee, pelajar Universiti Putra Malaysia dan juga masyarakat luar. Semua barangan dijual dengan harga yang rendah dan berpatutan dengan gaya hidup pelajar UPM.
 
Pada 9 April 2023, beberapa ahli Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee bersama felo penasihat telah bertolak ke RACTAR bagi menyerahkan sumbangan yang terdiri daripada pakaian, buku, kasut, beg, peralatan peribadi, keperluan harian, perkakas elektrik dan sumbangan kewangan. Sumbangan ini diagihkan kepada 20 orang penghuni rumah tersebut. Sesi pemberian sumbangan berjalan dengan baik dan mendapat penghargaan daripada pihak RACTAR.
 
Ribuan terima kasih diucapkan kepada para peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga semua pelajar dan masyarakat luar yang menyertai program ini mendapat manfaat daripada program Re-love Market.
 
 

Date of Input: 11/05/2023 | Updated: 11/05/2023 | s_syazana

MEDIA SHARING

TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
SXFUOAk~