SUKUM 2022 | TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
» NEWS » SUKUM 2022

SUKUM 2022

TAHNIAH DAN SYABAS BUAT KONTINJEN SUKUM UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
 
Tuan Rumah Universiti Putra Malaysia (UPM) menjuarai Keseluruhan Sukan Staf Universiti Awam Malaysia (SUKUM) Kali ke - 44 tahun 2022!. Kejuaraan itu diraih selepas UPM berjaya memungut 18 emas, 18 perak dan 15 gangsa.
 
Naib Canselor UPM, YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata beliau berbangga dengan pencapaian staf atlet UPM yang berjaya melayakkan UPM menjadi juara keseluruhan SUKUM 2022.
 
“Ini kali pertamanya UPM berjaya menjadi juara dan saya berterima kasih kepada seluruh warga UPM terutamanya staf atlet UPM dan sukarelawan yang membantu dalam menjayakan penganjuran SUKUM di sini,” katanya.
 
Tambah beliau, penganjuran SUKUM adalah sebagai wadah untuk merapatkan hubungan dan kekeluargaan sesama institusi pengajian tinggi dalam negara melalui sukan serta mengangkat budaya sukan di institusi masing-masing.
 
“Saya percaya melalui acara sukan seperti SUKUM dapat meningkatkan lagi daya tahan mental dan fizikal sumber manusia selain berupaya meningkatkan indeks kesejahteraan dalam kalangan staf,” katanya.
 
Sementara itu, tempat kedua disandang oleh Universiti Malaysia Perlis dengan 17 emas, 15 perak dan 16 gangsa.
 
SUKUM yang berlangsung selama lapan hari ini mempertandingkan sebanyak 18 acara sukan dan menawarkan sebanyak 136 pingat emas, 136 pingat perak dan 196 pingat gangsa. Selain itu, seramai 400 sukarelawan yang turut terlibat pada SUKUM 2022.

Tahniah kepada Staf UPM yang menyertai Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 pada 17 - 24 Sept 2022. Warga Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas buat kontinjen SUKUM Universiti Putra Malaysia atas kejayaan merangkul gelaran juara keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia Kali ke-44 (SUKUM) 2022 di mana Universiti Putra Malaysia juga telah menjadi tuan rumah.
 
 
Dengan itu, diharapkan kejayaan ini dapat menjadi pembakar semangat untuk warga kolej terus memacu kecemerlangan dalam bidang sukan agar dapat mengharumkan nama kolej serta mengangkat nama universiti di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.
 
Turut hadir, Pendaftar UPM, Muhazam Mansor; Timbalan Pengarah Akademi Sukan, Muhamad Malik Tobias; Pengarah Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Shaharum Shamsuddin.
 
Syabas diucapkan!

Date of Input: 08/10/2022 | Updated: 08/10/2022 | s_syazana

MEDIA SHARING

TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
SXFULAv~