VOLUNTEER PROGRAM IN CONJUNCTION WITH VIRTUAL VOLUNTEER FAIR | TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
» NEWS » VOLUNTEER PROGRAM IN CONJUNCTION WITH VIRTUAL VOLUNTEER FAIR

VOLUNTEER PROGRAM IN CONJUNCTION WITH VIRTUAL VOLUNTEER FAIR

Kolej Tujuh Belas, 6 mac 2022 - Sekretariat Kesukarelawanan dan Mobiliti, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tujuh Belas sesi 2021/2022 telah mengadakan Program Kesukarelawanan Sempena Virtual Volunteer Fair dari 3 Disember 2021 hingga 21 Januari 2022 dengan kerjasama Kloth dan MNAWF (Malaysian National Animal Welfare Foundation). Program Virtual Volunteer Fair menyediakan satu platform untuk Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) di Malaysia bagi memberikan pendedahan kepada pelajar tentang pertubuhan mereka.

Selain itu, program ini juga membuka peluang kepada para pelajar yang berminat untuk berdaftar menjadi sukarelawan di pertubuhan tertentu selepas membuat pemilihan pertubuhan berdasarkan minat serta pemahaman terhadap skop-skop kerja kesukarelawanan tersebut. Tiga orang sukarelawan, Umar Al- Faruq, Muhammad Hadi Syufi dan Fong Wen Yuan yang berdaftar dengan Kloth telah membantu dalam program "Jom Kitar Semula Siri 1" anjuran Sekretariat Keceriaan dan Kelestarian Hijau dengan kerjasama Sekretariat Kesukarelawanan dan Mobiliti. Mereka juga membantu dalam penghasilan poster, menyedia dan mengongsikan borang kajian soal selidik tentang penggunaan plastik dalam kalangan warganegara Malaysia secara dalam talian. Sukarelawan Nur Dhiya, Fatin Amirah, Lew Li Rong dan Phang Xin Ling yang berdaftar dengan MNAWF telah membantu untuk mereka corak baju bagi pihak tersebut.
Akhirnya, bekalan makanan kering dengan biskut Zess sebanyak 40 paket dan roti Twiggies sebanyak tiga paket telah disumbangkan ke 17 Food Bank yang terletak bersebelahan dengan Dobi Kolej Tujuh Belas bagi pelajar yang masih menetap di kolej.
 
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga para pelajar dapat memperoleh manfaat daripada program kesukarelawanan ini dan terus menyemai semangat kesukarelawanan dalam kehidupan mereka serta berkhidmat bakti demi golongan yang memerlukan selaras dengan slogan UPM iaitu 'Berilmu, Berbakti'. 
 
 
 
(259 patah perkataan )

Date of Input: 11/03/2022 | Updated: 11/03/2022 | s_syazana

MEDIA SHARING

TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
SXFUNAf~