ELEMEN |
PENERANGAN |
|
i. Bentuk seti tiga (3 bucu) |
Melambangkan 3 tunjang utama keunggulan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee iaitu: pelajar, felo dan pengurusan kolej. |
|
ii. Topi graduasi |
Melambangkan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee berkemampuan melahirkan graduan - graduan yang bukan sahaja dapat mengharumkan nama kolej dan UPM, malah berkaliber sebagai pewaris negara pada masa akan datang. |
| iii. Buku |
Melambangkan mahasiswa UPM terutamanya pelajar Kolej Tun Mustaffa Babjee yang amat menitikberatkan ilmu pengetahuan atau pelajar yang mempunyai cahaya pendidikan. |
| iv. Daun |
Melambangkan warga Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee menyahut teras utama Universiti Putra Malaysia iaitu memperkasa bidang pertanian dan kelestarian hijau. |
| v. 17 helai daun |
Melambangkan identiti Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee yang terdahulu iaitu Kolej Tujuh Belas. |
| vi. Berilmu,Bertaqwa,Berjasa |
Melambangkan slogan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee yang bermaksud pelajar yang lahir dari Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee berilmu tinggi, berkeperibadian tinggi dan berupaya menjadi pewaris kepada nusa bangsa. |
| vii. Putih |
Melambangkan kesucian, kesempurnaan dan kedamaian. |
| viii. Kelabu |
Melambangkan keneutralan, kemegahan dan elegan. |
Updated:: 05/01/2026 [harnita_upm]

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia