AGIHAN MAKANAN BERSAHUR KEPADA PELAJAR KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN | TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
» ARTICLE » AGIHAN MAKANAN BERSAHUR KEPADA PELAJAR KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN

AGIHAN MAKANAN BERSAHUR KEPADA PELAJAR KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN

Serdang, 26 April 2022: Seksyen Pengurusan Kebajikan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM telah menyalurkan bantuan makanan bersahur kepada pelajar kolej-kolej kediaman. Bantuan ini akan disalurkan dalam 2 fasa iaitu Fasa 1 melibatkan Kolej 17, Kolej 10 dan Kolej Canselor serta seterusnya Fasa 2 bagi kolej-kolej kediaman yang lain. Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban pelajar selain dapat menyantuni pelajar secara terus.
 
Agihan makanan telah disampaikan oleh Encik Nuruliman Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM diiringi oleh Encik Mohd Shahfuan Azizan, Pegawai Eksekutif Seksyen Pengurusan Kebajikan. Turut hadir bersama-sama mengagihkan makanan ialah YBrs. Prof. Madya Dr. Jasronita Jasni (Pengetua Kolej 17), Pegawai Tadbir Kolej, Felo-Felo Kolej, Saudara Mohammad Haziq Zikri bin Zainuri (YDP MPP UPM 21/22), Saudara Ahmad Lutfi Bin Muhammad Shahrul Munir (Presiden MPK K10) dan Saudari Siti Nor Amira Binti Tumadi - (Presiden MPK KC).
BHEP UPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.
 
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia (BHEP UPM) atas tajaan sumbangan makanan sahur pelajar Kolej Tujuh Belas pada 25 April 2022 bersamaan 23 Ramadan 1443 Hijrah.
 
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban para pelajar Kolej 17 yang memerlukan.
 

Date of Input: 27/04/2022 | Updated: 27/04/2022 | s_syazana

MEDIA SHARING

TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
SXFUIAd~