Tema: Kehidupan Kampus
Tajuk penulisan kreatif: Hidupku yang dulu
Di sana
Tempat aku menuntut ilmu
Tempat aku berdiri di atas kaki sendiri
Tempat mulanya aku tau definisi sebenar dunia
Semua manusia berhambakan nafsu dan godaan
Tanpa iman yang kukuh
Diri ini akan jatuh
Jauh ke lembah yang hina
Yang ku sangka ia syurga
Padahal neraka durjana
Di sana
Ku rasa dunia kerjaya itu lebih indah
Sehingga aku rasa tidak sabar untuk melangkah
Memegang segulung ijazah
Dan maruah
Yang ku junjung sejak dibangku sekolah
Diiringi harapan ibu dan ayah
Kerana sudah aku janji
Akan ku hadiahkan mereka nikmat bahagia
Kerana ku tau
Tidak mampu ku lunaskan pengorbanan mereka
Walau dengan segunung emas
Dan lautan intan permata
Kerana mereka lebih dari segalanya
Kerana itu
Azam aku dalam diri
Aku belajar sepuas hati
Dari saat lampu dunia bernyala
Sehinggalah candra pula menggantikannya
Di sana
Aku juga tanam memori
Yang tidak aku lupa
Sampai aku mati
Dan selamanya ku rindui
Begitulah
Kehidupanku dulu
Yang lurus lagi berilmu
Di kampus yang usang
Namun memorinya menang
Demi mencapai angan-angan
Yang telah menjadi...
Kenyataan
Penulis: Munirah Azra (214329)
Date of Input: 17/10/2024 | Updated: 17/10/2024 | s_syazana

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia