Azam 2024 | TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
» ARTICLE » Azam 2024

Azam 2024

SELAMAT Tahun Baharu 2024!

Semoga tahun ini anda dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan semua urusan berjalan lancar!

Lazimnya menjelang tahun baharu, pasti ada antara kita yang akan membuat senarai azam atau ‘to do list’ untuk dipenuhi tahun ini.

Namun, pasti ada juga yang tidak tahu dan buntu apa perkara yang patut diutamakan dalam senarai itu bukan?

Jangan risau, jom kita list apa azam tahun baru sebagai seorang pelajar perlu ada.

 

1. Wujudkan Tabung Kecemasan!

Mari kita mulakan dengan sebagai seorang pelajar, jangan jadikan alasan tiada pendapatan tetap bulanan untuk kita menyangkal keutamaan untuk mewujudkan tabung kecemasan sebagai talian hayat ketika berada di perantauan jauh dari keluarga untuk berjihad menuntut ilmu. Tak kiralah anda masih bergelar pelajar atau sudah bekerja, pastikan anda mempunyai tabung kecemasan! Ingat ya, tabung kecemasan sewajarnya diasingkan dengan tabung simpanan. Untuk jumlah simpanan, ikut kemampuan anda. Tak kisah sedikit asalkan simpan tiap bulan supaya jika suatu masa anda ditimpa kesusahan, ada juga tabung yang boleh ‘dikorek’. Perlu tapis apakah sesuatu perkara yang dirancang adalah sebagai kehendak atau keperluan. Biasakan membuat perancangan kewangan berkaitan belian, majlis, bayaran yuran program yang akan memberi impak, dan keperluan peribadi. Pastikan membuat anggaran secukupnya atau melebihi harga bagi sesuatu perancangan atau belian barangan. 

2. Pemeriksaan fizikal dan mental.

Soal kesihatan jangan ambil mudah ya! Sebaiknya anda bertemu dengan doktor untuk membuat pemeriksaan Kesihatan anda. Perkara ini termasuklah bahagian gigi supaya kekal sihat dan tidak berkarang! Mungkin ada sebilangan yang membuat pemeriksaan pada waktu ulang tahun kerana mudah diingati tarikh janji temu, tapi jika anda tergolong dalam kalangan ‘jarang-jarang’ bertemu doktor, inilah waktunya! Ingat, mencegah lebih baik daripada mengubati. Begitu juga dengan pemeriksaan kesihatan mental. Dapatkan rawatan dan nasihat jika anda mengalami simptom dan gejala yang memungkinkan anda kemurungan, depresi atau stress berlebihan. Sila dapakan khidmat dan bimbingan kaunseling yang tersedia bagi membantu anda menangani masalah kesihatan mental. 

 

 

3. Ubah Gaya Hidup!

Jika tahun sebelum ini anda jenis ‘malas’ nak bersenam, inilah waktunya untuk anda bangkit mengubah gaya hidup! Mungkin, ada yang beranggapan ‘ala, awal-awal je beriya nak pergi joging’, pedulikan suara-suara sedemikian kawan! Untuk mudahkan anda ubah gaya hidup, lakukan sesuatu yang anda minat secara ringkas namun konsisten. Nak seronok lagi, lakukannya bersama orang tersayang! Sebenarnya, banyak perkara yang boleh disenaraikan anda mengikut keperluan masing-masing. Namun, cukup kami sarankan 3 perkara ini sebagai panduan buat anda yang masih buntu. Ingat kawan, apapun azam anda pada tahun ini, semoga ia sesuatu yang memberi impak positif dalam kehidupan anda! Selamat Tahun Baharu!

 

Date of Input: 04/01/2024 | Updated: 08/01/2024 | s_syazana

MEDIA SHARING

TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
SXFUHAC~