DENGUE | TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
» ARTICLE » DENGUE

DENGUE

Deman denggi

Mutakhir ini, isu deman denggi telah menjadi topik hangat di Malaysia kerana penyakit ini merupakan salah satu ancaman utama kesihatan awam di Malaysia semasa pandemik Covid-19 ini. Kes kematian deman denggi semakin meningkat dari tahun ke tahun di Malaysia. Menurut statistik yang dikemukakan oleh World Health Organisation (WHO), kes deman denggi telah meningkat dari 80,615 kes (147 kematian) pada tahun 2018 ke 130,101 kes (182 kematian) pada tahun 2019.

Jadi, kesedaran rakyat Malaysia terhadap isu deman denggi haruslah dipertingkatkan untuk menggelakkan isu ini daripada menular.

Sebenarnya, deman denggi ialah sejenis penyakit jangkitan virus yang berbahaya dan merebak melalui gigitan nyamuk Aedes Aegypti yang dijangkiti.

Terdapat empat jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi iaitu DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4.

Berikut adalah gejala dan tanda-tanda akan muncul selepas dijangkiti deman denggi:

  • Demam panas
  • Sakit kepala
  • Sakit tulang belakang
  • Sakit sendi-sendi
  • Loya dan muntah-muntah
  • Sakit biji mata
  • Ruam

Selain itu, demam denggi berdarah merupakan sejenis deman denggi yang boleh membawa maut dan mempunyai tanda-tanda seperti deman denggi biasa serta pendarahan seperti:

  • Mudah lebam
  • Pendarahan di kulit, hidung, gusi atau seluruh badan

Secara holistiknya, masih tiada rawatan dapat diberi kepada pesakit yang menjangkiti demam tinggi. Pesakit yang menunjukkan tanda atau gejala demam denggi haruslah mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital terdekat. Hanya pesakit yang disyaki menghidap demam denggi berdarah akan dimasukkan ke dalam wad.

Langkah-langkah yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mencegah deman denggi telah ditunjukkan dalam rajah di bawah.

 

 

Date of Input: 07/03/2022 | Updated: 08/03/2022 | s_syazana

MEDIA SHARING

TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
SXFUJAN~