HARVESTING ROCK MELON AND MUSTARD GREEN AT SEVENTEEN COLLEGE | TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
» ARTICLE » HARVESTING ROCK MELON AND MUSTARD GREEN AT SEVENTEEN COLLEGE

HARVESTING ROCK MELON AND MUSTARD GREEN AT SEVENTEEN COLLEGE

Pada 2 Januari 2022 yang lalu, Kelab Rakan Hijau dibawah pantauan Sekretariat Keceriaan dan Kelestarian Hijau telah mengadakan aktiviti tuaian buah rock melon dan sayur sawi di Kebun Kolej Tujuh Belas. Projek ini juga merupakan kerjasama daripada Pihak Pengurusan Kolej Tujuh Belas, barisan felo dan ahli Majlis Perwakilan Kolej.

 

Antara aktiviti yang dijalankan adalah menuai buah rock melon dan sayur sawi, pembersihan kawasan fertigasi selepas aktiviti tuaian dan aktiviti pembahagian buah dan sayur mengikut kuantiti untuk dijual kepada warga Kolej Tujuh Belas yang berminat melalui google form sebagai medium tempahan awal. Pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial antara satu sama lain turut dipraktikkan sepanjang aktiviti berlangsung untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19.

 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam aktiviti penuaian ini. Semoga aktiviti tuaian ini dapat melahirkan usahawan tani yang berjaya dan memberi pengalaman baru kepada para pelajar dalam bidang pertanian.

 

 

Date of Input: 03/02/2022 | Updated: 03/02/2022 | s_syazana

MEDIA SHARING

TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
SXFUKAW~