KEM PERKASA SISWA 2.0 | TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
» ARTICLE » KEM PERKASA SISWA 2.0

KEM PERKASA SISWA 2.0



KOLEJ TUJUH BELAS - Pada 23 hingga 27 Mac 2022 yang lalu, Sekretariat Kepimpinan dan Latihan, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tujuh Belas sesi 2021/2022 telah mengadakan Kem Perkasa Siswa 2.0 yang bertempat di Kolej Tujuh Belas, Universiti Putra Malaysia.

Kem Perkasa Siswa 2.0 ini merupakan satu program kesinambungan daripada Kem Perkasa Siswa sesi lepas. Kem ini diadakan khusus untuk mencari pelapis ahli Majlis Perwakilan Kolej pada sesi hadapan di samping memberi pendedahan mengenai MPK serta fungsinya. Kem ini turut menerapkan kemahiran insaniah dalam kalangan peserta kem dan melatih semangat bekerjasama serta memimpin dalam kalangan ahli kumpulan. Melalui kem ini, pelajar juga menjadi lebih berkeyakinan tinggi untuk berkomunikasi apabila berhadapan dengan masyarakat luar selain dapat mempelajari cara-cara mengendalikan sesebuah program.

Selain itu, kem ini mempunyai objektif untuk mengasah bakat pelajar Kolej Tujuh Belas dalam berinteraksi dan menyampaikan sesuatu pendedahan dengan cara yang bersesuaian mengikut tahap kefahaman pendengar.

Seramai 49 orang peserta daripada kalangan pelajar Kolej Tujuh Belas telah terlibat secara langsung dalam program ini.

Kem yang berlangsung selama lima hari ini telah bermula dengan pendaftaran diikuti dengan modul ice breaking dan modul-modul yang menerapkan ciri kepimpinan yang berkesan. Sepanjang lima hari ini juga aktiviti moral juga telah dijalankan bersama peserta bukan beragama Islam di kem tersebut.

Pada hari terakhir, majlis penutup Kem Perkasa Siswa 2.0 telah dilaksanakan seiring dengan Malam Kebudayaan dimana para peserta telah membuat persembahan berdasarkan tema yang diberi dan diikuti dengan penyerahan hadiah sebagai tanda penutup program secara rasmi.

Majlis yang turut dihadiri oleh peserta kem, para fasilitator dan barisan felo ini juga telah dihadiri oleh barisan staf serta tetamu kehormat iaitu Pengetua Kolej Tujuh Belas, Prof. Madya Dr. Jasronita binti Jasni.

 

(lebih kurang 250 patah perkataan)

 

 

Date of Input: 08/04/2022 | Updated: 08/04/2022 | s_syazana

MEDIA SHARING

TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
WXFUJAh~