Kenali Warisan Budaya Kita | TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
» ARTICLE » Kenali Warisan Budaya Kita

Kenali Warisan Budaya Kita

SEMARAK SISWA MADANI: KENALI WARISAN BUDAYA KITA

Kuala Lumpur, 14 Disember 2023 - Pada 25 dan 26 November yang lalu, program Semarak Siswa Madani: Kenali Warisan Budaya Kita anjuran Sekretariat Kesukarelawanan dan Mobiliti, Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee sesi 2023/2024 telah dijalankan di Perumahan Awam Sri Tioman I, Kuala Lumpur. Program ini melibatkan 30 orang sukarelawan dari Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee dan 50 orang peserta dari Perumahan Awam Sri Tioman I.

Program ini melibatkan kerjasama bersama beberapa pihak seperti Yayasan Wilayah Persekutuan, Pusat Pemerkasaan Pendidikan Dan Komuniti (PREPKOM), Persatuan Penduduk Perumahan Awam Sri Tioman I, Surau Darussalam Sri Tioman I, Kelab Wanita PREPKOM Sri Tioman I dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang sama-sama membantu untuk menjayakan program ini.

Program ini dijalankan dengan tujuan dapat memberi pendedahan dan menarik minat generasi muda terhadap kebudayaan dan kesenian negara kita. Antara pengisian program ini termasuklah aktiviti pembelajaran asas inang, aktiviti gotong-royong bersama komuniti, aktiviti kraf tangan, aktiviti sukaneka, aktiviti mencanting batik dan juga pameran menarik disediakan buat para penduduk.

 

Sementara itu, Pengetua Kolej Tan Sri Mustaffa Bebjee, Profesor Madya Dr Jasronita Jasni bangga dengan usaha yang ditampilkan setiap pelajar kolej berkenaan “Semoga jaringan kolaborasi di antara UPM, PREPKOM dan YWP ini akan berterusan agar kita dapat melaksanakan pelbagai lagi program khusus buat masyarakat,” katanya.



Diharapkan agar program ini dapat membina hubungan yang kukuh antara pelajar Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee dan penduduk di Perumahan Awam Sri Tioman I dan juga dapat mendatangkan manfaat kepada semua pihak yang terlibat.

Untuk berita lanjut sila layari laman web WILAYAHKU

 

Date of Input: 14/12/2023 | Updated: 14/12/2023 | s_syazana

MEDIA SHARING

TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
SXFUKAg~