LET'S RECYCLE PROGRAM | TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
» ARTICLE » LET'S RECYCLE PROGRAM

LET'S RECYCLE PROGRAM

PROGRAM JOM KITAR SEMULA SIRI 1

 

Pada 26 November dan 3 Disember 2021 yang lalu, Sekretariat Keceriaan dan Kelestarian Hijau telah menganjurkan program Jom Kitar Semula Siri 1 yang bertempat di Wing 3, Blok D, Kolej Tujuh Belas. Tujuan program ini dijalankan adalah sebagai salah satu platform kepada para pelajar Kolej Tujuh Belas untuk melibatkan diri dalam amalan kitar semula. Program ini menggalakkan para pelajar untuk mengumpul dan mengasingkan barang terpakai mengikut jenis sebelum diserahkan untuk dikitar semula.

 

Selain untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar yang boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan penduduk berhampiran, program ini dapat memberi impak kepada para pelajar untuk sentiasa mencintai alam sekitar dan menjaga kawasan persekitaran kolej kediaman supaya kekal bersih dan ceria.

 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada para pelajar dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Jom Kitar Semula Siri 1 ini. Semoga para pelajar Kolej Tujuh Belas yang menyertai program ini dapat mengaplikasikan amalan kitar semula ini di dalam kehidupan seharian dan dimana-mana sahaja mereka berada demi kebersihan kawasan persekitaran dan keharmonian penduduk sejagat.

 

Date of Input: 03/02/2022 | Updated: 03/02/2022 | s_syazana

MEDIA SHARING

TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
SXFUKA0~