TAHNIAH KOLEJ TUJUH BELAS!!
Pada 9 Februari 2022 (Rabu), jam 2.30 petang, telah berlangsung MAJLIS PENANGGUHAN PROGRAM DEKAD BAHASA KEBANGSAAN 2021 PERINGKAT UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) secara atas talian di Facebook Rasmi Universiti Putra Malaysia. Turut berlangsung majlis penyampaian hadiah untuk beberapa kategori yang telah dipertandingkan sepanjang minggu Dekad Bahasa Kebangsaan 2021 Peringkat Universiti Putra Malaysia diadakan. Turut menyertai dan telah memenangi kategori Pertandingan Pidato Bahasa Jiwa Bangsa ialah Pengetua Kolej Tujuh Belas, Prof.Madya Dr. Jasronita binti Jasni dan wakil pelajar Kolej Tujuh Belas, Saudara Nazirul Mubin bin Osman selaku Majlis Perwakilan Kolej sesi 2021/2022 memenangi tempat ketiga dalam kategori Pertandingan Semarak Pantun Bahasa Kebangsaan.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang.
Date of Input: 14/02/2022 | Updated: 14/02/2022 | s_syazana
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia