Pelajar Sepakat Membawa Berkat | TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
» ARTICLE » Pelajar Sepakat Membawa Berkat

Pelajar Sepakat Membawa Berkat

Syabas Mahasiswa! Menjadi keutamaan pihak kolej bagi mementingkan soal kebersihan. Sehubungan itu, sikap terpuji mahasiswa Kolej Tujuh Belas bersama Felo dan Pihak Pengurusan Kolej dalam memupuk amalan bergotong-royong bagi membersihkan kawasan kolej kediaman amatlah dipuji dan patut dicontohi. Program ini akan dijalankan berterusan secara mingguan dapat dijadikan amalan mahasiswa setiap sesi. Amalan gotong royong juga dapat membersihkan kawasan kediaman daripada menjadi sarang pelbagai penyakit seperti aedes. Kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan dan dipupuk di dalam diri setiap mahasiswa. Dengan menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui betapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai. Oleh itu, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada satu generasi. Amalan ini juga boleh dipraktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di kawasan .

Date of Input: 21/11/2019 | Updated: 05/12/2019 | s_syazana

MEDIA SHARING

TAN SRI MUSTAFFA BABJEE COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1315
03 - 8947 2757
WXFUGAD~